Mahkamah tetapkan 19 Januari dengar permohonan semakan hukuman terhadap Najib

January 10, 2023 · Isu semasa

Permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi menyemak sabitan dan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta akan didengar pada 19 Januari ini.

Tarikh tersebut ditetapkan Mahkamah Persekutuan hari ini dan disahkan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul.

Dua lagi tarikh iaitu pada 20 dan 26 Januari ini yang diputuskan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Wan Fatimah Zahara Wan Yussoff dan Siti Hajar Mustaffa, sebelum ini sudah dilapangkan.

Difahamkan, pendengaran pada 20 dan 26 Januari ini terpaksa dilapangkan kerana ada ahli panel terbabit dalam pendengaran kes sambung bicara yang perlu diberi keutamaan.

Bekas Perdana Menteri itu kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun dalam Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan, hukuman dan denda RM210 juta pada 23 Ogos lalu.

Najib melalui Tetuan Shafee & Co memfailkan permohonan pada 6 September lalu, meminta supaya keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan sabitan, hukuman dan denda disemak semula.

Mahkamah Persekutuan diminta menyemak keputusan pada 16 Ogos lalu yang menolak permohonannya mengemukakan bukti berkaitan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali iaitu hakim perbicaraan kes membabitkan dana SRC International.

Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan tiga pecah amanah, tiga pengubahan wang haram dan satu salah guna kuasa.

Mohd Nazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun penjara terhadap Najib dan keputusannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021.

Najib memohon rayuannya didengar semula oleh panel baharu hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh hakim dan beliau diberi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu pendengaran permohonan semakannya itu.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
6 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok