Kes strok orang muda meningkat

February 2, 2023 · Isu semasa

Tanggapan  serangan strok hanya berlaku kepada orang yang lebih berusia dan tidak perlu dibimbangi golongan muda adalah salah sama sekali, kerana berita buruk itu boleh terjadi pada sesiapa sahaja tanpa dibatasi faktor usia mahupun jantina.

Setiap tahun, lebih 50,000 kes baru berkaitan strok atau angin ahmar direkodkan di Malaysia dan ia terus meningkat dari tahun ke tahun.

Kini risiko strok terhadap golongan muda semakin meningkat dan ia agak membimbangkan. Mungkin sekitar 20 tahun lepas sering kita dengar orang yang diserang strok pada usia 40 atau 50 tahun, namun sekarang ini bukan sahaja ia boleh terjadi pada kanak-kanak malah mereka dalam golongan usia 20 hingga 30 tahun

Pun begitu, tindakan pantas mendapatkan rawatan setelah diserang angin ahmar atau strok mungkin memberi peluang kepada pesakit untuk pulih.

Serangan strok yang tidak dapat dijangka hingga lambat mendapatkan rawatan boleh menyebabkan berlaku lumpuh anggota badan secara kekal kepada pesakit.

Pakar Neurologi Pantai Hospital Penang, Dr Wong Yee Choon berkata, keadaan itu disebabkan penyempitan salur darah ke bahagian otak atau disebabkan salur darah pecah.

Kesannya, sebahagian daripada tisu otak mengalami kerosakan disebabkan kekurangan bekalan oksigen.

“Strok terjadi apabila otak kehilangan bekalan darah sama ada kerana pembuluh darah tersumbat (trombosis), pembuluh darah menyempit (stenosis) ataupun pembuluh darah pecah yang menyebabkan pendarahan dalam otak.

“Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu strok yang disebabkan oleh salur darah ke otak tersumbat atau akibat pendarahan yang berlaku di dalam organ itu,” ujarnya.

Tambah beliau, sesiapa sahaja berisiko diserang strok tanpa mengira sama ada lelaki atau perempuan, muda ataupun tua.

Namun antara punca utama yang menyebabkan seseorang itu diserang strok disebabkan faktor tekanan darah tinggi.

Menurutnya, tekanan darah yang tinggi secara berterusan akan merosakkan saluran darah di seluruh badan tetapi kesan ini lebih pada salur darah yang halus seperti di otak dan meningkatkan risiko terjadi sumbatan pada saluran darah.Tambahnya, kolesterol yang tinggi di dalam badan juga menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan risiko serangan strok.

“Kolesterol ini akan terkumpul di dinding saluran darah yang lama kelamaan akan menyebabkan saluran menjadi sempit seterusnya tersumbat.

“Selain itu, tabiat merokok juga antara salah satu daripada amalan gaya hidup tidak sihat yang menjadi punca utama strok kerana ia boleh menyebabkan salur darah tersekat seterusnya merosakkan fungsinya,”katanya.

Mengulas lanjut mengenai penyakit yang menjadi pembunuh ketiga rakyat Malaysia selepas serangan jantung dan pneumonia, Dr Wong berkata, mereka yang berisiko perlu mengetahui antara tanda dan gejala yang akan berlaku ketika diserang strok.

Antara tanda-tanda yang boleh dikesan seperti lemah dan kebas pada sebelah anggota badan,muka, lengan serta kaki; susah untuk bertutur atau sebutan tidak jelas, penglihatan terganggu atau kabur dan sakit kepala yang teruk.

Jelasnya, gejala berkenaan akan terjadi dengan mendadak dan bertambah teruk.

“Strok adalah satu kecemasan dan setiap minit sangat berharga buat pesakit.Jadi sebolehnya tindakan pantas perlu dilakukan untuk membawa pesakit berkenaan ke hospital berdekatan.

“Apabila tiba di hospital, doktor akan menggunakan teknik imbasan imej otak, sama ada Computed Tomography (CT) atau Magnetic Resonance Imaging (MRI) bagi menentukan jenis strok yang dialami oleh pesakit,”katanya.

Dr Wong berkata, dengan mendapatkan rawatan yang cepat dan mengikuti proses rehabilitasi, pesakit strok boleh pulih sepenuhnya seperti sedia kala.

Berita berkaitan
Hadi dibenar keluar hospital, berehat di rumah
July 2, 2023· Politik
Orang kuat PKR doakan kematian Hadi, Dr Mahathir: Laporan
July 1, 2023· Politik
Derma darah – Selamatkan insan yang memerlukan
June 28, 2023· Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok