Gagal rekod butiran diri masuk premis masih kesalahan tertinggi

May 13, 2021 · Isu semasa

Kegagalan merekodkan butiran diri sebelum masuk ke dalam premis terus menjadi kesalahan tertinggi direkodkan semalam, dengan 185 individu dikenakan tindakan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, 440 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP), 435 dikompaun dan lima ditahan reman.

“Kegagalan merekod butiran diri sebelum masuk ke premis merupakan kesalahan tertinggi yang direkodkan melibatkan 185 individu.

“Ini diikuti dengan tidak memakai pelitup muka seramai 138, tiada penjarakan fizikal (15) dan 102 lagi atas lain-lain kesalahan,” katanya dalam kenyataan mengenai PKP dan PKP Bersyarat (PKPB) hari ini.

Beliau juga memaklumkan 514 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa semalam dengan kesemuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

Sementara itu di Johor Bahru, Bernama melaporkan polis mengeluarkan 3,885 kompaun berkaitan kesalahan pelanggaran SOP Covid-19, dalam tempoh bermula 13 Januari lalu hingga semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan adalah yang paling tinggi mencatatkan jumlah kompaun, iaitu dengan sebanyak 702, diikuti kawasan IPD Segamat (677), IPD Kulai (530) dan IPD Iskandar Puteri (516).

“Bagi Segamat contohnya, ia merupakan daerah kecil tapi jumlah kompaun tinggi. Oleh itu, kita akan menumpukan jalan dan laluan yang bersempadan dengan negeri lain di kawasan berkenaan, bagi memastikan tiada individu cuba merentas sempadan untuk balik beraya.

“… lebih lagi Segamat mempunyai lima jalan tikus di kawasan Felda, tetapi sekarang semuanya sudah kita tutup cuma mungkin ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan jalan itu,” katanya dalam sidang media selepas melawat ke lokasi sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Gemas Baru, Segamat, hari ini.

Beliau memberitahu setakat hari pertama Aidilfitri, kadar pematuhan SOP dalam kalangan penduduk negeri ini juga secara puratanya pada tahap 98 peratus.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
15 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok