Kes Shahrir terima RM1 juta, Najib akan dipanggil jadi saksi

December 13, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan pada perbicaraan kes Tan Sri Shahrir Ab Samad yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada bekas perdana menteri itu pada 22 Dis ini.

Untuk rekod, Shahrir yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru sebelum ini dihadapkan ke mahkamah selepas tidak mengisytiharkan wang tersebut yang diterimanya daripada Najib susulan siasatan pihak berkuasa.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi memberitahu mahkamah bahawa Najib yang kini dibicarakan bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya berkelapangan pada tarikh berkenaan.

“Pihak pendakwaan boleh memanggil saksi seterusnya iaitu pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan esok, manakala Datuk Seri Najib memberi keterangan pada 22 Dis. 

“Pihak pendakwaan boleh memanggil semula pegawai penyiasat itu selepas Datuk Seri Najib selesai beri keterangan,” kata hakim menurut laporan Bernama.

Beliau berkata demikian pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Terdahulu, Rasyidah Murni berkata pihaknya memohon perbicaraan bersambung esok dan 15 Dis ini dilapangkan dan disambung pada 22 Dis untuk Najib memberi keterangan.

“Keterangan Datuk Seri Najib perlu didengar dahulu sebelum pegawai penyiasat SPRM dipanggil memberi keterangan,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros, mewakili Shahrir, membantah permohonan pendakwaan untuk melapangkan tarikh tersebut kerana perbicaraan kes itu akan berpanjangan dan membuang masa mahkamah.

“Semakin lama kes ini berlarutan, semakin lama anak guam saya terpaksa hadir ke mahkamah walaupun ada isu peribadi termasuk anak sakit di hospital.

“Kalau boleh pengawai penyiasat SPRM dipanggil dahulu esok dan Khamis (15 Dis) untuk tidak membuang masa mahkamah dan kami cadangkan saksi itu (pegawai penyiasat) dipanggil semula selepas Datuk Seri Najib memberi keterangan,” kata peguam itu.

Pada prosiding hari ini, saksi pendakwaan ke-21 iaitu Timbalan Ketua Unit Audit Meja Selebriti, Penghibur Awam dan Pelbagai, Bahagian Penaksiran LHDN, Tuan Zulkfli Tuan Lah menyambung keterangannya.

Shahrir, 72, didakwamembabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bekas Pengerusi Felda itu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Akta tersebut memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok