Lelaki maut tong gas meletup malam raya

May 13, 2021 · Isu semasa

Seorang lelaki menemui terbunuh pada malam Aidilfitri apabila tong gas meletup di sebuah bengkel di Jalan Parit Amerikan, Kampung Sungai Batu, Pantai Remis tengah malam tadi.

Bernama memetik jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian menimpa mangsa berusia lingkungan lewat 20-an itu pada 12.01 tengah malam.

“Kami segera mengerahkan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat sebaik menerima panggilan,” katanya dalam kenyataan di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata setibanya jentera bersama pasukan di tempat kejadian mendapati berlaku letupan dipercayai akibat proses memindahkan bahan dari tong besar ke tong yang lebih kecil di bengkel berkenaan.

Katanya, ketika kejadian mangsa berada seorang diri di bengkel itu dan disahkan maut oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian diarahkan komander operasi supaya membuat kerja pemantauan dan menutup semua injap tabung seterusnya memastikan tiada bahan berbahaya di kawasan berkenaan dan operasi tamat pada 1.24 pagi,” katanya.

Berita berkaitan
Dakwaan polis halang upacara agama penganut Hindu berniat jahat
April 22, 2023· Isu semasa
Bila Anwar bersyarah ‘babi pun boleh terbang’, kata Annuar Musa
November 15, 2022· Politik
18 askar Syria maut bas meletup
October 13, 2022· Dunia
Bom, tangki minyak terbakar punca jambatan Russia-Crimea roboh
October 8, 2022· Dunia
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok