18 askar Syria maut bas meletup

October 13, 2022 · Dunia

Sekurang-kurangnya 18 askar Syria maut, manakala 27 lagi cedera apabila bas tentera dinaiki meletup berhampiran Damsyik, lapor media negara itu hari ini.

“Bas tentera di luar bandar Damsyik menjadi sasaran pengganas hari ini, yang memasang bom lebih awal,” lapor agensi berita SANA yang memetik sumber tentera sebagai memberitahu.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain, berkata letupan itu berlaku pada Khamis (13 Oktober 2022) di kawasan al-Saboura di luar bandar Damsyik, iaitu di lebuh raya menuju ke ibu negara Lubnan, Beirut.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab bagi serangan itu, dan tiada komen daripada pihak berkuasa Syria.

Ia adalah satu daripada siri serangan dalam beberapa bulan kebelakangan ini terhadap tentera Syria.

Pada Jun, serangan bas yang didakwa oleh kumpulan bersenjata ISIL (ISIS) membunuh 13 tentera di wilayah utara Raqqa.

Pada Mei, serangan roket ke atas bas tentera membunuh 10 askar dan mencederakan sembilan lagi di barat laut Syria.

Pihak berkuasa Syria sebelum ini menyalahkan ISIL terhadap serangan sedemikian, yang aktif dilakukan di selatan dan tengah Syria, walaupun kehilangan kawalan wilayah di negara itu sejak 2019.

Konflik selama 11 tahun di negara itu, yang bermula apabila kerajaan menindas penunjuk perasaan pro-demokrasi secara kejam, telah menyebabkan kematian ratusan ribu orang.

Perang itu telah membahagikan Syria kepada zon kawalan, dengan tentera rejim Presiden Bashar al-Assad dan pejuang bersekutu mengawal sebahagian besar wilayah itu. Tetapi penganalisis bimbang kebangkitan semula kumpulan pejuang bersenjata. – Agensi

Berita berkaitan
Tembak isteri sehingga maut, seorang anggota polis direman tujuh hari
March 6, 2023· Isu semasa
Banjir: Penduduk temui warga emas mati lemas dalam kereta
March 3, 2023· Isu semasa
Lebih 100 maut, 600 cedera gempa landa Turkiye, Syria
February 6, 2023· Dunia
Jazlan bidas Ismail Sabri dan Hasni pertikai usul tiada pertandingan jawatan Presiden
January 18, 2023· Politik
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok