Bom, tangki minyak terbakar punca jambatan Russia-Crimea roboh

October 8, 2022 · Dunia

Moscow hari ini (8 Oktober 2022) mengumumkan bahawa sebuah trak meletup menyebabkan kebakaran besar dan merosakkan jambatan utama Kerch – dibina sebagai satu-satunya jalan darat menghubungkan Russia dengan Crimea yang dikuasainya – dan berikrar untuk mencari pelaku kejadian itu, tanpa segera menyalahkan Ukraine.

Russia berkata, letupan itu membakar tujuh tangki minyak yang diangkut dengan kereta api dan merobohkan dua lorong kenderaan di jambatan itu.

Rakaman dramatik media sosial menunjukkan jambatan itu terbakar dengan beberapa bahagiannya terjunam ke dalam laut.

“Hari ini pada 6.07 pagi diJambatan Crimean… sebuah bom kereta meletup, membakar tujuh gerabak tangki minyak yang dibawa dengan kereta api ke Crimea,” lapor agensi berita Rusia memetik jawatankuasa antikeganasan negara sebagai berkata.

Jambatan itu, yang dirasmikan sendiri oleh Presiden Vladimir Putin pada 2018, merupakan rangkaian pengangkutan penting untuk membawa peralatan ketenteraan kepada askar Russia yang bertempur di Ukraine.

Jurucakap Kremlin berkata Putin telah mengarahkan satu suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat letupan itu, lapor agensi berita Russia.

Jawatankuasa penyiasat Russia membuka siasatan jenayah ke atas letupan itu dan menghantar detektif ke tempat kejadian.

Ia berkata sebuah trak meletup “di laluan kenderaan jambatan Crimean dari sisi Semenanjung Taman”.

Ini “menyebabkan tujuh tangki bahan yang dibawa menggunakan kereta api yang menuju ke Semenanjung Crimea, terbakar. Akibatnya, dua lorong runtuh sebahagiannya.”

Vladimir Konstantinov, Ketua Parlimen Crimea, menyalahkan letupan itu kepada “perosak Ukraine”.

Saluran Telegram pro-Ukraine, Ria-Melitopol, menyiarkan video yang menunjukkan bahawa dua bahagian jambatan itu rosak, mencadangkan kejadian itu satu sabotaj, bukan kemalangan.

“Sebuah tangki terbakar, dan lihat, jalan raya rosak,” kata seorang lelaki berbahasa Russia dalam video yang dirakam dari jambatan itu.

Bertindak balas terhadap insiden itu, Kementerian Luar Russia berkata reaksi Ukraine terhadap letupan besar itu menunjukkan “sifat pengganas” Kyiv.

“Reaksi rejim Kyiv terhadap kemusnahan infrastruktur awam menunjukkan sifat pengganasnya,” kata jurucakap kementerian itu Maria Zakharova di Telegram. – Agensi

Berita berkaitan
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023· Isu semasa
Hilman dakwa kerajaan Selangor nak roboh pusat khidmat DUN Gombak Setia
July 7, 2023· Isu semasa
Russia hantar Soyuz MS-23 untuk selamatkan kru terkandas di ISS
February 24, 2023· Dunia
Pengeboman, siren serangan udara permulaan tahun baharu Ukraine
January 2, 2023· Dunia
Popular
Biden sekali lagi dijangkiti Covid-19
July 31, 2022
Pesawat pejuang F-35B Lightning II UK terhempas di Laut Mediterranean
November 18, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok