Biden sekali lagi dijangkiti Covid-19

July 31, 2022 · Dunia

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden yang sebelum ini negatif ujian Covid-19 kini disahkan dijangkiti sekali lagi virus tersebut dan sedang menjalani kuarantin kendiri, lapor agensi Anadolu yang memetik laporan media tempatan.

Surat daripada doktor presiden Dr Kevin O’Connor mengesahkan Biden dijangkiti Covid-19 dan sedang dirawat dengan Paxlovid, ubat yang digunakan untuk pesakit yang dijangkiti virus tersebut.

“Dalam ujian antigen yang dilakukan pada pagi Sabtu, kelihatan Biden kembali positif,” kata O’Connor.

Terdahulu ujian yang dijalani Biden pada Selasa sehingga Jumaat adalah negatif.

“Kawan-kawan, hari ini saya diuji positif Covid sekali lagi,” kata Biden dalam ciapan akaun Twitternya.

“Saya tidak mengalami gejala tetapi saya akan mengasingkan diri untuk keselamatan semua orang di sekeliling saya. Saya masih bekerja dan akan kembali bertugas tidak lama lagi.”

Jurucakap Rumah Putih Karine Jean-Pierre berkata Biden “asimtomatik, berasa sihat, dan masih bekerja secara berasingan dari kediamannya untuk melindungi orang lain.”

 

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok