MP Bersatu keluar parti jika tubuh parti baharu perlu kosongkan kerusi: BERSIH

December 10, 2022 · Politik

Ahli Parlimen Bersatu yang keluar parti dan sekiranya menubuhkan parti baharu atau menyertai mana-mana parti perlu mengosongkan kerusi mereka dan diadakan semula pilihan raya, kata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Untuk rekod, Bersatu Sabah mempunyai lima Ahli Parlimen (MP), dengan empat daripadanya bertanding di bawah tiket gabungan Gabung Rakyat Sabah (GRS), manakala seorang lagi – Datuk Seri Ronald Kiandee – bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).

BERSIH memberi senario jika empat MP Bersatu yang bertanding atas tiket GRS jika menubuhkan parti baharu dan meninggalkan parti itu, maka wajar untuk mereka mengosongkan kerusi.

“Mereka bertanding di bawah logo GRS iaitu gabungan/parti berdaftar. Mereka tidak bertanding di bawah Bersatu.

“Pengenalan itu adalah apa yang mereka maklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa mereka mengemukakan pencalonan.

“Jika mereka menubuhkan parti baru dan meninggalkan GRS, mereka perlu mengosongkan kerusi mereka,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Dalam mana-mana senario, protokol sedia ada untuk mengosongkan kerusi ialah Parlimen dimaklumkan mengenai perkara itu, dan Parlimen seterusnya akan memaklumkan SPR.

Ini bermakna speaker Dewan Rakyat akan memainkan peranan dalam memutuskan sama ada akan memaklumkan SPR atau tidak bahawa berlaku pelanggaran undang-undang antilompat parti.

Ketika ini, Tan Sri Azhar Azizan Harun – yang dilantik di bawah pentadbiran PN pada 2020 – merupakan speaker Dewan Rakyat sehingga 18 Dis – dan dengan itu mempunyai kuasa untuk memaklumkan SPR jika Bersatu memfailkan aduan dengannya.

Speaker baharu hanya akan dilantik pada 19 Dis ketika sidang Dewan Rakyat penggal baru bersidang.

Terdahulu, pemimpin tertinggi Bersatu Sabah diketuai ketuanya, Datuk Hajiji Noor, hari ini mengumumkan keluar parti itu.

Ia selepas mereka menyertai kerajaan campuran menerusi GRS bersama Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Parti Warisan (Warisan).

Hajiji yang juga Ketua Menteri yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah dalam satu kenyataan pagi ini, berkata keputusan dibuat selepas menimbangkan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah.

Beliau berkata, kerajaan negeri ditunjangi GRS – Barisan Nasional (BN) juga mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai pembentukan kerajaan pusat yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok