Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman

December 8, 2022 · Politik

Kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Padang Serai adalah mesej jelas rakyat menolak kerajaan yang mengambil seorang kleptokrat yang bergelut dengan kes mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Kerusi Padang Serai yang dianggap kubu kuat PH selama tiga penggal itu berjaya ditawan Perikatan Nasional (PN) dengan kemenangan bergaya majoriti sekali ganda berbanding sebelum ini.

Calon PN, Datuk Azman Nasrudin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mendengar suara rakyat yang menolak kerajaan yang mementingkan kuasa dan mengabaikan prinsip.

“Saya percaya keputusan ini adalah satu mesej jelas daripada rakyat Malaysia dan warga Padang Serai yang menolak kerajaan campuran PH-BN (Barisan Nasional) dan Kabinet kleptokrat serta membantah pelantikan Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) yang menghadapi pertuduhan rasuah sebagai TPM 1.

“Ia juga satu signal yang jelas bahawa Perdana Menteri baharu kita untuk berhati-hati kerana rakyat sentiasa menghakimi keputusan yang dibuat oleh beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas diumumkan memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dengan majoriti 16,260 undi, sekali gus merampas kerusi itu daripada PH.

Beliau memperoleh 51,637 undi, jauh meninggalkan calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak yang mendapat 35,377 undi, serta calon BN, Datuk C Sivaraajh (2,983 undi).

Sivaraajh sebelum ini menarik diri bagi memberi laluan kepada PH dalam pilihan raya itu susulan pembentukan kerajaan perpaduan, namun namanya masih kekal dalam kertas undi disebabkan tuntutan undang-undang.

Dengan kemenangan Azman, PN yang menolak menyertai kerajaan perpaduan pimpinan Anwar untuk menjadi pembangkang, kini memiliki 74 kerusi di Dewan Rakyat.

Mengulas mengenai peranannya, Azman menjelaskan akan bersama-sama Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil rakyat PN yang lain untuk menjadi pembangkang berwibawa dan memantau tindak-tanduk kerajaan.

“Saya juga akan membawa aspirasi suara warga Padang Serai di Parlimen kelak dan memastikan suara dan hak warga Padang Serai akan sentiasa terjamin,” katanya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Tiada parti boleh dabik dada berasa kuat berdepan PRU segera: Rafiq
September 9, 2022
Pengundi sudah matang: Hamzah
October 17, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok