Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara

November 29, 2022 · Isu semasa

Kes saman fitnah antara bekas Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Datuk Lokman Noor Adam selesai tanpa bicara.

Ismail Sabri yang menjadi PM tersingkat dalam sejarah negara sebelum ini menyaman Lokman atas dakwaan memfitnahnya dalam satu video bertajuk “Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir – Lokman Adam”.

Peguam Ismail Sabri dipetik laporan Bernama mengesahkan perkara itu semasa dihubungi media selepas kes berkenaan disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh pada Selasa.

“Kes hari ini (pendengaran inter-parte – kedua-dua pihak) ditangguhkan ke 5 Januari depan. Ada potensi untuk penyelesaian kes ini,” kata peguam Ismail Sabri, Joshua Tan.

Perkara itu turut diperakui oleh peguam Lokman, S Suresh.

Ismail Sabri, 62, yang juga Naib Presiden UMNO, selaku plaintif memfailkan saman itu atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada 8 September lepas dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan.

Dalam penyataan tuntutan, Ahli Parlimen Bera itu mendakwa Lokman pada 22 Ogos lepas telah membuat kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif.

Beliau berkata, kenyataan-kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar berkenaan plaintif itu dimuat naik menerusi empat akaun media sosial milik defendan iaitu YouTube “Lokman Adam”, Facebook “Lokman Noor Adam Official”, Instagram “lokmannooradam” dan TikTok “datoklokmanadam”.

Menurut plaintif, kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud plaintif telah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas Perdana Menteri itu serta parti-parti politik lain yang bertentangan dengan UMNO, untuk kekal sebagai perdana menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati UMNO.

Ismail Sabri juga mendakwa beliau tidak pernah berjumpa Dr Mahathir dan parti-parti lain bagi tujuan itu mahupun terlibat dengan sebarang langkah-langkah secara tidak berprinsip untuk menghalang pembubaran Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan, faedah, kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 1 September lepas, Lokman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Ismail Sabri dan kerajaan melalui aplikasi Facebook atas nama profil “Lokman Noor Adam Official”.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok