Saarani yakin lama kelamaan ahli UMNO Perak akan sokong PH-DAP

November 29, 2022 · Politik

Kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP dalam membentuk kerajaan negeri Perak mendapat sokongan semua pemimpin UMNO negeri itu, kata Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menteri Besar Perak itu berkata penjelasan sudah diberikan kepada semua pemimpin akar UMNO-Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan untuk bersama dengan PH-DAP dan rata-rata memahami keputusan tersebut serta sedia menjadi kawan baik dengan seteru politik mereka itu.

“Jadi di peringkat UMNO dan BN, saya sudah membuat tindakan pertama dengan mengadakan mesyuarat khas Perhubungan Umno negeri di mana saya melaporkannya di dalam mesyuarat itu dan mereka bersetuju dengan tindakan ini.

“Di peringkat negeri, saya sudah memanggil semua pemimpin UMNO dan BN pada Jumaat lalu dan diberi penjelasan di mana kesemua mereka menerimanya dengan baik,” katanya dipetik laporan BH.

Saarani berkata, beliau juga mengarahkan pemimpin UMNO turun padang dan memaklumkan kepada semua pimpinan peringkat cawangan.

“Setakat ini maklum balas saya terima tiada masalah malah mereka bersetuju dengan pendirian yang saya buat.

“Walaupun pendirian awalnya dia mungkin rasa agak pahit tetapi itulah keputusan yang ada dan sudah dibuat dan kita yakin keputusan itu betul,” katanya.

Beliau berkata, pimpinan UMNO peringkat negeri juga bersetuju untuk turun padang dan memberi penjelasan kepada ahli Umno di peringkat bawah.

“Saya yakin lama kelamaan mereka akan dapat menerima kerana yang paling penting kena faham kerajaan perlu ditubuhkan untuk meneruskan pembangunan negeri,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok