Hanya penggambaran filem dan drama dalam studio dibenarkan, kata FINAS

May 12, 2021 · Isu semasa

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memaklumkan hanya aktiviti penggambaran filem, drama, dokumentari, animasi, produksi muzik dan seumpamanya bagi rakaman dalaman (studio), dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Dalam garis panduan yang dikemaskini, FINAS berkata aktiviti itu dibenarkan dengan jumlah kru yang minimum tanpa penonton, selain perlu membuat permohonan Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas).

Selain itu, aktiviti tersebut juga tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Industri Kreatif yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimanapun, operasi pawagam tersenarai sebagai aktiviti yang tidak dibenarkan dalam tempoh pelaksanaan PKP.

“Aktiviti pawagam pandu masuk dibenarkan dengan syarat, perlu mematuhi SOP yang ditetapkan MKN serta semua garis panduan meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan,” kata FINAS dalam kenyataan hari ini.

Perincian lanjut mengenai SOP dan garis panduan tersebut boleh didapati menerusi laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my

Pada Isnin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP di seluruh negara sehingga 7 Jun sebagai langkah tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 berikutan trend kenaikan kes secara mendadak.

Berita berkaitan
Ditamatkan kontrak 24 jam, bekas CEO Finas saman Fahmi, Finas
June 30, 2023· Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
June 8, 2023· Isu semasa
MP pembangkang cadang RTM tayang filem bersejarah Anwar: The Untold Story
May 24, 2023· Politik
Finas dan SKMM akan ambil tindakan terhadap produksi Mentega Terbang: Fahmi
March 5, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Perhimpunan baju hitam di ibu kota didalangi ahli politik, NGO disiasat polis
January 23, 2022
Tips keselamatan makanan semasa banjir
March 2, 2022
Elak keracunan makanan di Aidilfitri
April 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok