MP pembangkang cadang RTM tayang filem bersejarah Anwar: The Untold Story

May 24, 2023 · Politik

Filem Anwar: The Untold Story dicadangkan ditayangkan menerusi siaran televisyen RTM ke seluruh negara, kata seorang Ahli Parlimen PAS.

MP Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata sekiranya RTM membeli filem bersejarah tersebut dan disiarkan di kaca televisyen, kerajaan tidak perlu mengarahkan pelajar sekolah menontonnya di pawagam.

Abdul Latiff memberi cadangan tersebut semasa membahaskan Rang Undang-undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023 di Dewan Rakyat.

“Saya mencadangkan RTM membeli terus filem (Anwar: The Untold Story) dan tayangkan secara percuma tanpa perlu menggunakan budak (murid) sekolah dan juga kakitangan kerajaan, mengeluarkan surat rasmi menjemput mereka menonton di pawagam bersama menteri dan pegawai tinggi kerajaan,” katanya.

Cadangan itu turut mendapat sokongan beberapa MP lain yang menepuk meja.

Malah Latiff turut berkata, kerajaan juga boleh menjemput MP lain, cuma perlu mengeluarkan surat rasmi “untuk menonton filem yang penuh bersejarah”.

Terdahulu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 5 (1) mengesahkan program menonton filem Anwar: The Untold Story bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di sebuah pawagam di Putrajaya malam tadi.

Penolong Kanan Tingkatan 6, Suziyah Selamat, berkata program itu atas jemputan kementerian dan tiada paksaan kepada pelajar Tingkatan 6 sekolah tersebut, sambil menyifatkan ia sebahagian proses pembelajaran di luar bilik darjah.

Suziyah berkata, aktiviti itu tidak wajar dipolitikkan kerana ia mendapat persetujuan ibu bapa terlebih dahulu, selain kandungan filem itu juga berkait silibus pembelajaran Tingkatan 6 yang menyentuh isu rasuah dan pentadbiran negara.

Terdahulu awal hari ini, tular surat berhubung permintaan kebenaran kepada ibu bapa untuk pelajar menonton filem tersebut di pawagam.

Berita berkaitan
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
42 minit lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
1 jam lalu· Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
12 jam lalu· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
12 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
54 minit lalu · Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
2 jam lalu · Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
2 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
14 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok