Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia

June 8, 2023 · Isu semasa

Bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas),  Datuk Gerald Hans Isaac atau lebih dikenali sebagai Hans Isaac dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Nasional yang baharu bagi tempoh dua tahun.

Pelakon dan pengarah filem itu merupakan antara 16 individu yang dilantik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menganggotai agensi itu bagi sesi 2023 – 2025.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata pelantikan tersebut dibuat bagi memastikan hala tuju perbadanan itu menguruskan kemudahan secara mampan dan mengamalkan tadbir urus korporat yang baik.

“Perkara itu turut melibatkan usaha bagi merakyatkan fasiliti PSM untuk kegunaan orang awam dalam mempromosi gaya hidup sihat,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh KBS.

Sebelum ini ketika PH memerintah, Hans Isaac dilantik sebagai pengerusi Finas selama setahun sebelum digantikan oleh Zakaria Abdul Hamid pada Mei 2020.

Selain Hans Isaac, 15 individu lain dari pelbagai latar belakang termasuk wakil sektor korporat, persatuan sukan dan kerajaan dilantik menganggotai perbadanan berkenaan.

Antaranya ialah Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia, Windsor Paul John, personaliti televisyen Zahir Kelvin Ong Abdullah dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Ramona Mohd Razali.

Berita berkaitan
MB Terengganu bidas wakil DAP, Hannah Yeoh keluar kenyataan berbaur ugutan
August 9, 2023· Politik
Kes rasuah: Bekas pegawai KBS dipenjara 15 tahun, didenda RM284.2 juta
July 6, 2023· Isu semasa
Ditamatkan kontrak 24 jam, bekas CEO Finas saman Fahmi, Finas
June 30, 2023· Isu semasa
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023· Isu semasa
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
12 minit lalu · Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
12 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
12 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok