Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis

November 25, 2022 · Politik

Susulan tular rakaman audio yang ditular dalam akaun Facebook Datuk Seri Najib Razak, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad membuat laporan polis bagi mengenal pasti dalang yang membocorkan rakaman tersebut.

Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu dalam rakaman audio tular tersebut didakwa merancang strategi politik untuk menjatuhkan Najib sehingga dimasukkan ke penjara.

“Saya terkejut dan kecewa dengan penyebaran audio berkenaan yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan bekas Ahli Parlimen Jempol yang juga Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.

“Penularan audio palsu itu merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik. Tindakan itu juga membuktikan usaha berterusan untuk memusnahkan reputasi saya sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri kesembilan,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

 

Laporan polis dibuat Syed Mohd Fazmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini berhubung rakaman itu.

“Saya berharap siasatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab di sebalik perbuatan ini,” katanya lagi.

Terdahulu, tular audio didakwa membabitkan Fazmi dan Mohd Salim yang dikatakan mahu menjatuhkan Najib dengan memastikannya dimasukkan ke dalam penjara.

Susulan itu, pengendali akaun Facebook Najib meminta individu terbabit tampil membuat penjelasan.

Untuk rekod, Najib dijatuhkan hukuman penjara pada Ogos lalu selepas didapati bersalah pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Transkrip penuh rakaman audio tular:

Salim: Ya

Syed Fazmi: Kita kena bunuh kredibiliti Bossku, boss

Salim: Ya

Salim: Memang la apa pun dia kena masuk dulu… Syed, kalau lepas dia bukan apa dia nak jadi PM.

Syed Razmi: Hemm… memang la.

Salim: Tak boleh. Dia sebenarnya dia ada RM114 juta… dia boleh main beli orang… Yang ni pun Jamal cerita kat aku. Jamal Pak Tongkol… Aku pergi itu hari kat Sungai Besar… aku jumpa dia, borak dekat dia punya ni water, water park dia… aku borak lama dia bagi aku bilik… so tidur la, aku tidur la… aa apa ni kan… jadi dia bercerita benda tu, dulu kan jeneral dia tu… dan ingat, menang Johor ni bukan semata-mata kita ya… TMJ pun main peranan… TMJ panggil ketua polis Johor… saya ingat tiga kali dia panggil.

Syed Fazmi: Yes

Salim: Hamzah tak boleh masuk… Hamzah masuk habis.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok