Hujan, ribut petir di Semenanjung mulai esok hingga 24 November

November 19, 2022 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Semenanjung Malaysia, mulai esok (20 November 2022) hingga 24 November ini.

Ramalan itu dibuat berdasarkan analisis model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Semenanjung Malaysia, kata MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan keadaan itu berpotensi menyebabkan pembentukan garis badai.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” kata Met Malaysia.

Hari ini, ratusan penduduk beberapa kawasan di Baram, Sarawak, terpaksa beratur dalam banjir untuk membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan catatan paras air di empat sungai di Sarawak telah melebihi paras bahaya sehingga jam 3 petang ini, termasuk Sungai Batang Kemena di Sebauh, Bintulu dengan bacaan 2.00 meter (m), berbanding 0.22m paras biasa.

Sungai lain ialah:

  • Sungai Batang Baram di Long Jegan, Miri (13.32m/4.50m);
  • Sungai Batang Baram di Long Teru, Miri (8.22m/3.00m); dan
  • Sungai Batang Baram di Marudi, Miri (3.63m/0.00m).

Berita berkaitan
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di PPS Kelantan dan Terengganu lebih 700 mangsa
November 25, 2023· Isu semasa
Hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Jumaat: MetMalaysia
November 21, 2023· Isu semasa
Paras sungai di Johor dan Terengganu lepas tahap bahaya
November 21, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
6 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
6 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok