Lawan jangka PAS kekal kuasai Kelantan, Terengganu : Laporan

November 18, 2022 · Politik

 PAS dijangka kekal menguasai Kelantan dan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang berlangsung esok (19 November 2022).

Perkara itu turut diakui pihak lawan, lapor TMI.

Menurut laporan itu, sumber menyifatkan BN gagal memberi tentangan hebat terhadap PAS menerusi calon yang diketengahkan.

Malah kehadiran PH, Gerakan Tanah Air (GTA) dan calon Bebas yang menyebabkan berlaku sehingga enam penjuru di kebanyakan kerusi pun tidak menjejaskan penguasaan PAS di pantai timur.

Salah seorang sumber UMNO berkata, BN kini hanya yakin dengan dua kerusi putih iaitu Gua Musang dan Machang dari lima kerusi yang pernah dimenangi dalam PRU-14.

“Prestasi teruk BN ini adalah kerana masalah dalaman parti termasuk isu tentang pengguguran calon pilihan seperti di Ketereh.

“Apabila nama penyandang, (Tan Sri) Annuar Musa digugurkan menyebabkan kerusi Ketereh menjadi kerusi kelabu buat BN,” katanya.

Sumber itu berkata bagi kerusi Tanah Merah pula statusnya terus bertukar menjadi kerusi hitam buat BN selepas penyandangnya Ikmal Hisham Abdul Aziz lompat menyertai Bersatu.

“Selepas penyandangnya lompat bahagian Tanah Merah digantung, dan calon BN, Mohd Bakri Mustafa pula dikatakan bermasalah dan ditolak akar umbi,” kata sumber itu.

Pengerusi Pilihan Raya PH Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah turut mengakui sukar untuk parti itu menandingi penguasaan BN dan PAS di pantai timur.

“Kita rasa susah sebab sokongan akar umbi atau undi tradisi PAS dan Umno mewakili 30%. Jadi undi tradisi 30% ini tak akan berubah.

“Seperti contoh bila (Datuk) Takiyuddin Hassan menang di kerusi Parlimen Kota Baru pada PRU-14 dia dapat 42% (undi) dan 30% daripada itu disumbang undi terasnya,” katanya.

PAS raih sembilan dari 14 kerusi Parlimen Kelantan dalam PRU14 – Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

BN pula hanya menang lima kerusi – Ketereh, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Gua Musang.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
11 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Jika mahu jadi PM paling singkat, bubarlah Parlimen: Mahfuz
June 5, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok