G70 : Dua ilmuwan tarik diri sokong Anwar jadi PM

November 17, 2022 · Politik

Sehari selepas pengumuman menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10, dua daripada 70 ilmuan Melayu disahkan menarik diri.

Mereka adalah bekas Timbalan Ketua Kluster Ekonomi Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Ishak Yussof dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Datuk Ts Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi.

Perkara itu disahkan koordinator gerakan yang menggelar diri mereka Kumpulan 70 Profesor Melayu atau G70.

“G70 Profesor Melayu telah mengeluarkan nama mereka dalam senarai nama pendukung Deklarasi 70 Profesor Melayu,” kata Dr Saadiah Mohamad.

Sementara itu, berdasarkan kenyataan Dr Ishak di akaun Facebooknya petang semalam, yang mengumumkan penarikan dirinya itu susulan tidak tahu menahu gerakan tersebut bertujuan untuk menyokong mana-mana individu sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Nama saya tersenarai dalam Kumpulan Profesor G70. Saya difahamkan kumpulan ini bertujuan membuat deklarasi dukungan terhadap PRU-15 yang telus dalam memilih pemimpin terbaik untuk Malaysia. Ini saya setuju! Tidak pula saya dimaklumkan tentang menyatakan sokongan kepada mana-mana individu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini saya menarik diri dari Kumpulan G70 ini.

“Sebagai mantan ahli akademik tulen, saya mengambil pendirian non-partisan di dalam politik dan tidak pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap mana-mana individu untuk menjadi perdana menteri atau sokongan pada mana-mana parti,” tulisnya.

Malah beliau memberitahu telah bersara dua tahun lalu dan tidak wajar menggunakan gelaran profesor lagi.

Dalam pada itu, perkongsian kenyataan dipercayai milik Dr Ahmad Mujahid tersebar di Facebook turut menegaskan tidak terlibat sama sekali dengan deklarasi tersebut malah tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyokong mana-mana parti politik.

“Tidak tahu menahu bahawa nama saya dimasukkan dalam senarai deklarasi profesor Melayu G70. Saya juga telah minta nama saya dikeluarkan daripada senarai tersebut,” katanya.

Pada Rabu, media melaporkan Kumpulan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri berdasarkan kredibiliti dan rekod prestasinya yang cemerlang.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Ini kali pertama dapat Perdana Menteri yang kita rasa malu: Ahmad Fadhli
June 21, 2023
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok