Hujan lebat sejak malam tadi, Lembah Klang banjir

November 17, 2022 · Isu semasa

Hujan lebat berterusan sekitar Lembah Klang sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan dilaporkan banjir antaranya Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Klang, lapor FMT.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor mangsa yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) lebih 800 orang daripada 200 keluarga.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata satu kejadian tanah runtuh berlaku awal pagi tadi di Taman Sri Jelok, Kajang melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat dan empat mangsa berusia 19 hingga 26 tahun berjaya diselamatkan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata situasi sekitar ibu negara masih dalam keadaan terkawal meskipun hujan lebat pada awal pagi tadi, namun pemantauan anggota diteruskan terutamanya di kawasan hotspot.

Sementara menurut kemaskini Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Facebook, sebanyak 11 PPS dibuka pagi ini.

PPS tersebut adalah Masjid Kampung Johan Setia, Balai MPKK Kampung Jalan Kebun, Dewan Camelia Putra Height, Masjid Putra Height, SK Ulu Semenyih, Balai Raya Bangi Lama dan Dewan Orang Ramai Gemilang, Taman Gemilang.

Termasuk PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram di Kuala Selangor serta Dewan Bagan Nakhoda Omar dan Dewan Simpang 5 di Sabak Bernam yang masih beroperasi sejak 11 November lalu.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Tanah runtuh di Puchong, penghuni tujuh buah rumah dikosongkan
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
19 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok