Jawatan Presiden UMNO: KJ mahu Ismail Sabri cabar Zahid

November 15, 2022 · Politik

Calon BN bagi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin melihat Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan presiden dalam pemilihan UMNO akan datang.

Katanya, jika BN menang dan Ismail Sabri dilantik semula sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), ahli UMNO wajar menyokong penyandang Parlimen Bera itu sebagai orang nombor satu parti bukan Zahid.

Namun Khairy tidak mengesahkan sama ada beliau akan bertanding buat kali kedua bagi merebut jawatan Presiden UMNO itu sambil berkata beliau hanya akan ‘menyeberang jambatan bila tiba masanya’.

“Seperti yang saya katakan, Ismail akan menjadi perdana menteri, kami patut menyokongnya sebagai presiden parti,” katanya.

“Dan orang lain, Hisham (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein), saya sendiri akan mengadakan perbincangan mengenai siapa yang akan lawan jawatan nombor dua (timbalan presiden),” dalam wawancara bersama BFM.

Julai lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) meluluskan permohonan UMNO meminda perlembagaan untuk menangguhkan pemilihan parti hingga enam bulan selepas pilihan raya umum atau hingga 18 bulan dari tempoh tamat penggal kepimpinan.

UMNO menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ke-10 dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.

Khairy yang bekas Ketua Pemuda UMNO pernah mencabar Zahid bagi jawatan Presiden UMNO untuk penggal 2018-2021 namun tewas apabila Zahid meraih 99 undi, Khairy mendapat 61 undi dan Tengku Razaleigh Hamzah menerima 30 undi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok