Zahid tak pilih rakan calon boleh menang, Ismail Sabri akui kecewa

November 14, 2022 · Politik

Beberapa nama menteri Kabinet daripada UMNO yang sebelum ini cenderung menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak tersenarai sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beberapa nama besar yang sebelum ini dianggap penyokong Naib Presiden UMNO itu disingkir Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan digantikan dengan nama calon lain sehingga menyebabkan krisis dalaman parti sehingga ke hari ini.

Empat menteri Kabinet UMNO yang tidak dicalonkan semula ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamad Saddique.

Shahidan mengambil keputusan bertanding sebagai calon Perikatan Nasional-PAS untuk mempertahan kerusi Parlimen Arau yang dimenanginya dalam PRU-14.

Seorang lagi bekas pemimpin UMNO yang bertanding tiket PN adalah penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib.

Selepas masuk minggu kedua kempen PRU-15, Ismail Sabri yang berdiam diri sebelum ini membuka mulut dan meluahkan rasa kecewa susulan beberapa menteri Kabinetnya yang tidak dicalonkan semula.

“Jasa mereka kita tidak akan lupa lebih-lebih lagi apabila mereka tak dapat bertanding, mereka tidak menentang parti.

“Saya sendiri pun berasa agak kecewa apabila rakan yang merupakan calon boleh menang dan berjasa kepada parti tidak dapat bertanding,” katanya dalam sidang media dipetik laporan media.

Ditanya jika mereka yang tidak dicalonkan semula dan membuktikan kesetiaan kepada parti akan dilantik memegang peranan penting jika BN menang, Ismail Sabri berkata: “Beri kita kemenangan dulu dan kita akan buat keputusan selepas itu.”

Untuk rekod, seramai 11 pemimpin UMNO yang digugurkan daripada bertanding pada PRU-15 kali ini.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Jika PM bentang bajet gula-gula, PH beri amaran akan tolak
October 4, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok