PRU-15 : Terengganu waspada, 10% pusat undi berpotensi jadi PPS

November 13, 2022 · Politik

Terengganu sentiasa waspada bagi menghadapi kemungkinan berlaku bencana banjir ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) terutama pada hari pengundian, Sabtu ini (19 November 2022.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri sudah membuat persiapan sewajarnya bersama agensi berkaitan sama ada daripada segi latihan, simulasi dan bekalan sejak Ogos lalu.

Katanya, agensi berkaitan juga sentiasa memantau keadaan terkini paras sungai selain setiap aset akan digerakkan bagi membantu rakyat sekiranya bencana melanda.

Ahmad Samsuri berkata, penilaian awal juga sudah dilakukan di kawasan kritikal bagi memastikan operasi menyelamat dapat dijalankan dengan lancar.

“Daripada segi persiapannya, kita akan cuba hadaplah walaupun mungkin ada lebih kurang 10 peratus di antara pusat pengundian yang berpotensi untuk dijadikan pusat penempatan banjir.

“Sebagaimana yang disebut sebelum ini tidak sesuai diadakan pilihan raya pada musim-musim begini kerana ia menyusahkan rakyat tetapi kerana sudah berlaku (pilihan raya) kita kena hadapi,” katanya ketika ditemui pada Program Santai Minum Petang Masyarakat Setempat di Kampung Buluh, lapor BH.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) turut bersedia berganding bahu membantu agensi penyelamat melakukan misi membantu mangsa banjir.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023
Azalina cemar nama baik institusi perundangan negara, kata PN Selangor
August 29, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok