Mail hari-hari merah mata, Zahid kacau minta buang kes mahkamah: Sanusi

November 10, 2022 · Politik

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gagal menguruskan pentadbiran kerajaan selepas sering diganggu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memintanya supaya campur tangan dalam kes mahkamah dihadapinya, dakwa Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menteri Besar Kedah itu mendakwa Ismail Sabri selepas dilantik sebagai Perdana Menteri tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik apabila Zahid sering menganggu dengan mendesak supaya campur tangan dalam perbicaraan mahkamah, malah diugut akan dipecat parti.

“Saya bukan nak kata kat dia (Ismail Sabri), Dia pun tak boleh buat kerja sangat pasal Zahid Hamidi kacau.

“Zahid Hamidi ni kerja dia hari-hari kacau Mail, suruh Mail buang kes mahkamah dia. Mai kata tak boleh, dia kata hang buat juga. Kalau hang tak buat, aku pecat hang. Nak buat kerja macam mana, Mail hari-hari mata merah saja,” kata Sanusi semasa kempen ceramah di kawasan Parlimen Jerai malam tadi.

Menurut Sanusi, berbeza semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan berjaya menyelamatkan banyak nyawa rakyat Malaysia dengan cepat walaupun sedang berdepan ancaman virus Covid-19 dan pihak dunia juga mengiiktiraf langkah-langkah diambil kerajaan waktu tersebut.

“Malaysia berjaya mengatasi penularan Covid-19 dan diiktiraf oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai antara negara terbaik menguruskan pandemik Covid-19 dibawah Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Sanusi juga membidas UMNO yang hanya tahu menyalahkan kerajaan PN walhal pemimpin utama mereka langsung tidak membantu semasa menguruskan krisis dihadapi negara selain hanya tahu merancang untuk menjatuhkan kerajaan menerusi kerjasama Zahid dan cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang ini UMNO duduk mai jaja, kata kerajaan dulu gagal, ramai mati… tapi apa UMNO buat masa itu? UMNO tak buat apa, mereka tahu gentel telur sahaja.

“Kemudiaan yang mereka tahu desak minta pengeluaran KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja),” katanya lagi.

Untuk rekod, Ismail Sabri membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu dan negara bakal mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semasa musim tengkujuh yang menyaksikan bencana banjir banyak berlaku.

Tidak tahan dengan tekanan Zahid yang berterusan mendesak PRU-15 diadakan pada tahun ini juga, Ismail Sabri tidak ada pilihan lain selain menuruti cakap ketuanya tersebut kerana bimbang bakal tidak menjadi calon.

Dalam pada itu, Zahid juga sudah menggugurkan beberapa nama calon yang rapat dengan Ismail Sabri sebagai calon pada PRU-15 kali ini, langkah dilihat pemerhati politik bagi memastikan pengaruh Ismail Sabri dapat disekat daripada mara.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok