Biarkan yang cari nombor terus cari nombor, kita selamat nyawa rakyat

May 10, 2021 · Isu semasa

Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH), Datuk Iskandar Abdul Samad mendesak Kerajaan Pusat melaksanakan sepenuhnya kuasa di dalam proklamasi darurat bagi menyelamatkan nyawa rakyat.

Beliau turut mengingatkan kerajaan supaya tidak melayan atau bimbang dengan kecaman serta kritikan yang dilemparkan, terutama kumpulan pembangkang.

Katanya, kumpulan yang mengecam dan mengkritik itu akan kekal berbuat demikian walau apapun yang dilakukan kerajaan.

“Nyawa rakyat itu lebih penting dari memuaskan hati mereka. Darurat telah diisytiharkan. Pelbagai perintah kawalan telah diumumkan. Pastikan ia dikuatkuasakan dengan tegas dan adil iaitu kepada setiap rakyat Malaysia tanpa ada pilih kasih.

“Biarkan mereka (pembangkang) yang mencari nombor terus mencari nombor, biarkan ‘pakar-pakar’ terus bersyarah di dalam TikTok dan biarkan ‘haters’ terus dengan pelbagai hashtag. Kerajaan perlu lakukan yang betul dan bukan yang popular,” katanya.

Namun Iskandar berkata, selepas lima hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytiharkan di Lembah Klang dan beberapa daerah lain, tiada apa perubahan drastik berlaku, berbanding ketika PKP pertama pada Mac tahun lalu.

“Kerajaan Pusat perlu menggunakan kuasa-kuasa diperuntukan dengan proklamasi darurat sepenuhnya untuk mengawal penularan pandemik Covid-19.

“Untuk menyelamatkan nyawa rakyat, kerajaan perlu melakukan apa sahaja yang perlu walaupun tindakan dan langkah tersebut tidak popular,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iskandar mengingatkan kerajaan supaya tidak menjadi seperti India yang kini terpaksa berdepan dengan tsunami Covid-19.

“Sekiranya keadaan menjadi seperti di India maka akan berlaku tindak balas dari rakyat dan jika diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) kerajaan hari ini akan tumbang.

“Sekiranya pandemik ini dapat dikawal dengan jayanya maka rakyat sudah tentu akan berterima kasih kepada kerajaan dan ini akan diterjemahkan pada peti-peti undi,” katanya.

Berita berkaitan
Isu peruntukan kepada pembangkang, Anwar bertegas kena berunding terlebih dahulu
November 2, 2023· Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
October 1, 2023· Politik
ADUN pembangkang di Kelantan dapat peruntukan, tak seperti kerajaan campuran
August 23, 2023· Politik
Kerajaan tapi berperangai pembangkang : Gerakan
July 20, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok