Rafizi ada saham syarikat bina LCS TLDM tak siap, aset bersih RM18.85j

November 2, 2022 · Politik

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang sebelum ini membangkitkan pelbagai isu berkaitan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), turut dilaporkan mempunyai saham dalam syarikat induk yang membina kapal itu.

Maklumat itu didedahkan menerusi akaun berkanun perisytiharan aset bersih miliknya yang keseluruhannya berjumlah sehingga RM18.85 juta, bagi mematuhi syarat PKR kepada setiap calon pilihan rayanya.

Akaun itu mendedahkan Rafizi turut melabur dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), yang memiliki Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC), kontraktor bagi projek kapal itu.

Calon PKR Parlimen Pandan itu sebelum ini membuat pelbagai dakwaan berhubung projek LCS itu setelah skandal berkenaan didedahkan kepada umum melalui siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos lalu.

Bagaimanapun, kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke Sdn Bhd, syarikat tinjauan awam yang diasaskannya, selain polisi insurans di Prudental.

Jumlah keseluruhan pelaburannya ialah RM16.74 juta.

Selain itu, aset lain diisytihar termasuk pendapatan bulanan sebanyak RM23,500.

Pecahan perbelanjaan bulanan juga diperincikan, termasuk ansuran rumah dan kereta, bil-bil utiliti, persekolahan anak, makan minum dan pemberian kepada isteri dan ibu bapa.

Semua butiran itu dinyatakan dalam akuan berkanun (SD) yang salinannya dikongsi bersama media sebentar tadi.

Sementara itu, Rafizi berkata perisytiharan harta oleh calon-calon PKR akan dipaparkan di laman www.calonkeadilan.org bermula petang esok.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
12 jam lalu· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Jika mahu jadi PM paling singkat, bubarlah Parlimen: Mahfuz
June 5, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok