Cukuplah Guan Eng tipu rakyat nak mansuh tol, Gerakan bidas DAP

November 1, 2022 · Politik

Lim Guan Eng digesa berhenti daripada menipu rakyat dengan menawarkan janji lama sekali lagi untuk memansuhkan tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Timbalan Pengerusi Gerakan, Oh Tong Keong meminta Pengerusi DAP, Guan Eng tidak terus memperbodohkan rakyat dengan janji bulan dan bintang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti kerana rakyat sudah serik ditipu lagi.

“Lim Guan Eng pernah menjadi Menteri Kewangan, tetapi dia tidak boleh memansuhkan tol. Siapa percaya jika Pakatan Harapan berkuasa semula tol akan dimansuhkan?

“Rakyat telah ditipu sekali dan saya percaya tiada siapa yang akan ditipu untuk kali kedua!” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang itu juga mengingatkan Guan Eng, semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan, beliau pernah berkata ‘manifesto pilihan raya umum bukan bible’.

“Pada masa itu, beliau jelas menolak pemansuhan tol di Lebuhraya Utara Selatan,” Kata Tong Keong lagi.

Menurut beliau lagi, sejak kebelakangan ini, pemimpin PH sering menekankan tempoh 22 bulan tidak cukup untuk menyelesaikan masalah.

“Semuanya mengarut dan menipu pengundi. Justeru, beliau berharap PH akan berkhidmat kepada rakyat secara turun-temurun, bukannya berbohong.

“Tiga negeri diperintah PH itu kucar-kacir, dan tidak ada gunanya berbohong lagi. Guan Eng dan pemimpin Pakatan Harapan yang lain berhentilah menabur janji manifesto yang tidak jadi dalam pilihan raya umum ini untuk menipu pengundi sekali lagi,” kata beliau lagi.

Pada Isnin, Guan Eng dilaporkan berjanji tol PLUS akan dimansuhkan sekiranya PH diberi mandat membentuk kerajaan selepas PRU15.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, semasa menerajui kerajaan selama 22 bulan selepas menang PRU14 pada 2018, PH telah mengurangkan bayaran tol untuk lebuh raya itu sebanyak 18 peratus.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok