[KEMAS KINI] UMNO pilih Ketua Puteri ganti Annuar di Ketereh

November 1, 2022 · Politik

Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin mengesahkan beliau mendapat tawaran untuk menjadi calon Parlimen Ketereh dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November depan.

Marzuani juga mengesahkan watikah pencalonan diletakkan atas nama beliau, sambil mendakwa beliau menolak tawaran itu.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua Puteri Bahagian Ketereh berkata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan menerima penolakan itu dengan alasan parti sudah membuat keputusan.

Marzuani Adilla berkata, beliau juga mengakui merujuk perkara itu kepada Annuar untuk mendapat nasihat serta pandangan.

“Kita tengok malam ini macam mana. Buat masa ini saya akui surat watikah atas nama saya.

“Saya juga belum buat keputusan sama ada hadir atau tidak pada majlis pengumuman malam ini,” katanya menurut BH.

Terdahulu, penyandang kerusi Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO mahu meletakkan Marzuani Ardila bagi menggantikan beliau.

Menurut Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Marzuani selepas mendapat tawaran berkenaan.

“Ketua Puteri UMNO itu dipanggil mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan parti sebelum ini tanpa pengetahuan saya.

“Selepas itu, Ketua Puteri UMNO itu merujuk tawaran berkenaan kepada saya. Saya tidak tahu sama ada beliau menerimanya atau tidak.

“Saya cuma memaklumkan tanya hati sendiri dan kalau berasakan mampu menang, maka bertandinglah. Jangan bertanding semata-mata hanya untuk bertanding,” katanya.

Annuar dilihat sering berbeza pendapat dengan pucuk pimpinan partinya malah perkara itu diakuinya sendiri.

Namun beliau menegaskan walau berbeza pendapat namun apa yang dilakukannya demi masa depan parti.

“Begitu juga perbezaan tiga pendapat yang besar diantara saya dengan pucuk pimpinan. Ia termasuk pucuk pimpinan menandatangani surat menyokong Datuk Seri Annuar Ibrahim tanpa pengetahuannya dan isu tarik sokongan terhadap kerajaan dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada PRU lalu, Annuar menang dengan 4,626 majoriti apabila memperoleh 25,467 undi mengalahkan calon PAS (20,841) dan PKR (6,799).

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Ini kali pertama dapat Perdana Menteri yang kita rasa malu: Ahmad Fadhli
June 21, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok