DAP tak akan ubah sikap ekstrem terhadap Melayu, Raja: Muhyiddin

November 1, 2022 · Politik

DAP, parti gabungan yang membentuk Pakatan Harapan (PH) bersama PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak akan mengubah sikap ekstrem serta fahaman haluan kiri mereka dengan mudah.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menceritakan bahawa beliau menerusi seorang pemimpin DAP telah meminta biro politik parti itu supaya mengubah sikap ekstrem mereka, tetapi ditolak.

Menurutnya permintaan itu dibuat ketika Bersatu berada bersama-sama PH dalam kerajaan, di mana beliau adalah Menteri Dalam Negeri.

“Satu hari saya panggil (Liew) Chin Tong (Timbalan Setiausaha Agung DAP) yang juga pemimpin tertinggi DAP. Saya panggil dia. Kami bincang.

“Saya kata… Chin Tong… sekarang saya bersama kamu… kerana Bersatu sokong PH untuk menolak kleptokrat… Jadi saya beritahu bahawa orang Melayu tidak sukakan DAP

“Tapi sekarang kerana kita sudah bersama… saya kata boleh tak you sarankan kepada biro politik DAP supaya jangan terlalu ekstrem. Dia pun kata ekstrem.

“Apa ekstremnya? Menyentuh soal-soal yang berkaitan dengan perkara-perkara penting dalam Perlembagaan Negara. Soal Melayu dan macam-macam hak Raja-Raja dalam Akta Hasutan…. banyak perkara yang mereka lakukan. Dia kata akan bawa balik pada biro politik (DAP).

“Tetapi lepas itu dia maklumkan kepada saya dia dah bawa, tetapi biro politik DAP tak bersetuju,” kata Muhyiddin pada Program Jelajah Prihatin PN Parlimen Sepang di Dataran Sadiman, Bukit Changgang, di Sepang, malam tadi (31 Oktober 2022).

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata jawapan Chin Tong itu bermakna DAP mahu mengekalkan dasar yang didapati tidak sesuai dengan majoriti rakyat negara ini.

Beliau berkata ketika Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan beberapa peruntukan, termasuk kepada institusi pengajian tinggi yang ditaja MCA yang menganggotai Barisan Nasional (BN), telah dipotong.

Bagaimanapun, katanya peruntukan-peruntukan itu dikembalikan semula ketika Kerajaan PN memerintah.

Untuk rekod, pada PRU-15 ini, DAP meletakkan lebih ramai calon Melayu, termasuk di luar bandar, bagi menarik sokongan, sedangkan hanya seorang sahaja calon Melayu yang terpilih menduduki Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada pemilihan sesi 2022-2025, itu pun berada pada tangga ke tujuh daripada 30 anggota CEC yang dipilih menerusi undian 4,149 perwakilan.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Kempen ‘Jangan Undi Zahid’ dilancar, kumpulan dakwa Zahid punca negara tak stabil
November 14, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok