Kes pemerdagangan orang, Datuk calon PRU-14 antara dicekup

October 31, 2022 · Isu semasa

Seorang calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu antara 11 individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan menusia (eksploitasi buruh).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki bergelar Datuk berusia lingkungan 50-an itu ditahan di rumahnya pada jam 8.25 malam semalam (30 Oktober 2022).

Katanya, penahanan bekas ahli politik tersebut dibuat susulan tangkapan 10 individu lain melibatkan lapan lelaki dan dua wanita pada jam 12.10 tengah malam, 27 Oktober lalu.

“Salah seorang daripada lelaki yang ditahan dalam serbuan ketiga adalah bekas ahli politik tersebut. Dalam serbuan tersebut, tiga mangsa dipercayai mangsa pemerdagangan orang berjaya diselamatkan.

“Siasatan awal mendapati bekas ahli politik tersebut merupakan pengasas premis pemulihan dadah dan alkohol berkenaan. Premis tersebut beroperasi sejak dua tahun lalu tanpa didaftarkan dengan mana-mana jabatan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang di Georgetown, hari ini (31 Oktober 2022), lapor Sinar Harian.

Sebelumnya polis telah menahan seorang lelaki di sebuah rumah kedai yang dijadikan premis pemulihan dadah serta alkohol dan berjaya menyelamatkan tujuh mangsa.

Serbuan seterusnya polis menahan tujuh suspek iaitu enam lelaki dan seorang wanita serta menyelamatkan tiga mangsa berusia lingkungan 22 hingga 46 tahun.

Mohd Shuhaily berkata pihaknya percaya kesemua mangsa diseksa, dipukul dan dipaksa untuk bekerja tanpa diberi bayaran gaji.

“Hasil siasatan mendapati sindiket ini menyasarkan individu yang mempunyai masalah ketagihan dadah dan alkohol. Mereka ini dikenakan bayaran antara RM1,200 hingga RM1,500 kononnya untuk merawat ketagihan yang dialami.

“Semua mangsa diarahkan bekerja tanpa dibayar gaji dan tiada cuti rehat. Mangsa diarahkan bekerja di kedai cuci kereta, kedai servis pendingin hawa, kedai kayu dan kedai makan,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mangsa dipukul dan diikat sekiranya mereka melawan selain diberi makanan dalam jumlah yang sedikit.

“Hasil pemeriksaan fizikal mendapati, kebanyakan mangsa mempunyai kesan kecederaan akibat dipukul.

“Selain itu, kita turut merampas beberapa barangan antaranya sebuah komputer riba, sembilan buah telefon bimbit, dua utas rantai besi, sebatang paip PVC dan dua batang besi penyambung katil,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran 2010 (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
16 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok