Hanya ‘orang’ Zahid jadi calon? Adakah Ismail Sabri berjaya pujuk?

October 31, 2022 · Politik

Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) difahamkan sudah menerima surat akujanji masing-masing secara berperingkat, majoritinya ‘orang’ Presiden UMNO sudah menerima lebih awal.

Spekulasi dan khabar angin dalam UMNO bertiup kencang hanya nama ‘orang’ Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lebih ramai tercalon untuk bertanding pada PRU-15 kali ini.

Kecoh dikalangan akar umbi yang mula berkongsi ucapan tahniah dalam kumpulan aplikasi Whatsapp dan Telegram Ketua-Ketua Bahagian yang memberi ucapan tahniah kepada mereka yang tercalon, tidak kurang juga ada yang diam membisu kerana nama tidak berada dalam senarai calon.

Difahamkan, surat akujanji kepada calon-calon BN sudah dihantar dan diminta untuk bersiap sedia dipanggil ke majlis pengumuman calon yang bakal diadakan pada masa terdekat.

Namun, terdapat usaha daripada pihak tertentu yang cuba mencari jalan untuk memujuk Zahid agar tidak menyingkirkan calon yang boleh menang walaupun berada dalam kem berbeza.

Difahamkan langkah untuk meminta Zahid agar menimbang semula senarai calon yang sudah dimuktamadkan tersebut walaupun hanya tinggal beberapa hari menjelang pengumuman calon BN tidak lama lagi.

Beberapa nama dipetik dalam media yang antaranya menyenaraikan individu-individu yang dilihat berada dalam kem sebelah lain.

Menurut sumber, langkah menggugurkan calon daripada kem berbeza walaupun mempunyai peluang untuk menang hanya akan mengakibatkan BN menerima kesan buruk pada PRU-15 nanti.

“Ya, surat akujanji sudah keluar secara berperingkat, ada yang sudah dapat dua hari lalu… namun, berdasarkan calon yang menandatangani, majoritinya dikalangan mereka yang dilihat mesra dan menyokong Presiden,” kata sumber tersebut.

Senarai calon yang dimuktamadkan tersebut mengejutkan banyak pihak, tidak terkecuali Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga pening melihat senarai calon tersebut.

Usaha terakhir yang boleh dilakukan bagi mengelak daripada BN terus berpecah adalah dengan meletak semula nama calon yang boleh menang, bukan calon yang dilihat cenderung dengan kumpulan tertentu dalam UMNO.

Untuk rekod, sumber memberitahu BN akan mengumumkan barisan calon dan majlis mengambil watikah pada 1 November ini di WTC, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, sekiranya semua nama ‘orang’ Zahid tercalon, timbul kebimbangan sama ada Ismail Sabri akan kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15 atau akan ada orang baharu selepas ini dilantik.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
7 jam lalu· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Bersatu, PAS bincang strategi hadapi PRU15
April 4, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok