Terima keputusan pimpinan, pesan Bersatu Terengganu

October 27, 2022 · Politik

Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS dinasihatkan berlapang dada dan menerima segala keputusan pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN) berkait agihan kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Senator Datuk Razali Idris berkata semua pihak perlu bekerjasama sebagai satu pasukan di bawah payung PN demi kemenangan.

“Bersatu Terengganu minta untuk bertanding dua kerusi Parlimen iaitu Besut dan Hulu Terengganu, kita tunggu sahaja apa keputusannya nanti kerana sudah pasti PN akan membuat keputusan terbaik demi satu matlamat iaitu kemenangan.

“Oleh itu, semua ahli baik daripada Bersatu atau Pas perlu berlapang dada dan terima keputusan itu seterusnya bekerjasama sebagai satu pasukan untuk PRU-15 tidak lama lagi,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Bersatu sebelum ini menuntut dua kerusi Parlimen – Hulu Terengganu dan Besut namun tersebar khabar angin menyatakan mereka hanya diberikan kerusi Parlimen Hulu Terengganu yang bakal ditandingi oleh Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Rosol Wahid manakala Parlimen Besut akan diserahkan kepada PAS.

Ditanya mengenai dakwaan terdapat sebilangan kecil penyokong dan ahli Bersatu di Besut mahu keluar parti dan menyertai UMNO sekiranya Bersatu tidak bertanding di Besut, Razali berkata perkara itu tidak akan berlaku.

“Setiap kali perjumpaan di peringkat akar umbi hingga ke negeri, kita sering tekankan ahli dan penyokong agar tidak beremosi terhadap tuntutan (dua kerusi Parlimen).

“Di Besut contohnya, Bersatu ada hujahnya dan PAS juga ada hujahnya yang mahu bertanding di kerusi tersebut. Namun, keputusan akhir nanti tetap dimuktamadkan pucuk pimpinan yang melihat dalam konteks lebih menyeluruh demi kebaikan PN,” katanya.

Pada PRU-14, Rosol yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menang dengan 30,925 undi menewaskan calon PAS, Muhyidin Abdul Rashid (28,057 undi) dan calon PKR, Datuk Razali Idris (3.374 undi).

Sementara Parlimen Besut dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Idris Jusoh yang mendapat 34,335 undi menewaskan calon PAS, Riduan Mohamad Nor (29,736 undi) dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Ir. Wan Nazari Wan Jusoh (6,864).

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
16 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok