PRU-15: Didik diri jadi pengundi rasional, bijak

October 27, 2022 · Politik

Walaupun kempen rasmi untuk Pilihanraya Umum (PRU15) belum bermula, namun media sosial sudah mula sarat dengan kempen-kempen politik.

Platform media sosial seperti TikTok dijangka menjadi medium utama penyebaran maklumat dan kempen setiap parti yang bertanding.

Ini kerana TikTok dilihat mempunyai elemen interaktif yang mudah dan cepat, malah penggunaannya melangkaui semua lapisan masyarakat.

Jadi, tidak hairanlah sejak pertengahan 2022 lagi, semua parti politik telah mula memukul gendang melancarkan perang media sosial dan meningkatkan populariti parti masing-masing semata-mata untuk menawan hati pengundi, sekali gus memenangkan parti.

Namun, pengundi dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam muat naik turun status dalam media sosial. Sebagai rakyat Malaysia, tanggungjawab sebagai pengundi adalah paling utama.

Menurut Penganalisis Sosiopolitik Universiti Putra Malaysia, Dr. Syed Agil Alsagoff berkata, mengundi adalah tanggungjawab warganegara memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu katanya, mengundi adalah satu keperluan bagi warganegara memilih pemimpin dan menentukan halatuju pentadbiran dan masa depan negara.

“Bukan itu sahaja, mengundi juga melambangkan hak mutlak warganegara yang berkelayakan dan mencerminkan kebebasan demokrasi terpimpin yang harus disemai dan meneruskan keles­tarian budaya ini demi masa depan, peradaban dan maruah negara.

“Ini bukan sekadar melunaskan tanggungjawab semata-mata tetapi mencerminkan nilai amalan demokrasi negara. Itu sebabnya warganegara kita harus melaksanakan tanggungjawab ini,” katanya.

Justeru itu, eloklah kita tunaikan tanggungjawab kita dengan penuh kesedaran sebagai seorang warganegara yang prihatin, sayangkan negara dan peganglah amanah menjaga maruah negara dan melestarikan amalan demokrasi di negara ini.

Janganlah terpedaya dengan hasutan dan kata-kata pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mahu menjejaskan amalan demokrasi di negara ini.

Setiap warganegara bebas memilih bakal pemimpin yang akan menerajui dan mencorakkan masa depan negara.

Pilihlah pemimpin yang berupaya memimpin rakyat dengan jujur, ikhlas dan berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan negara demi memajukan masa depan negara yang tercinta ini.

Sementara itu, Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr Jeniri Amir pula berkata, pemimpin politik perlu mengakui hakikat bahawa dalam konteks demokrasi digital, media baharu merupakan alat penting yang digunakan untuk memenangi hati dan mencorakkan persepsi pengundi.

Bagaimanapun, beliau mengakui media baharu memberi peluang kepada pihak tertentu menyebarkan propaganda hitam termasuk fitnah dan berita tidak benar untuk menjatuhkan pihak lain kerana penggunaannya yang tiada sempadan.

Dalam pada itu, penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Ismail Sualman berkata, pihak yang diserang secara maya perlu menangkis dakwaan tersebut secepat mungkin bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh.

Walaupun semua parti politik semakin ghairah menghasilkan kempen-kempen media sosial, janganlah terlampau taksub untuk berkempen sehingga fitnah diangkat mendasari kempen pada PRU15.

Biarlah parti politik dan wakil rakyat benar-benar layak diangkat menjadi pemimpin negara, bukannya mereka yang hanya pandai bercakap di media sosial tetapi gagal dalam pentadbiran negara.

Sebagai pengundi, didiklah diri supaya lebih bersifat rasional, praktikal dan bijak menilai segala informasi yang lalu-lalang di media sosial kita. Jangan kerana fitnah politik, masa depan negara tergadai.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok