Ditolak DAP, Wong Tack pilih ‘tiket rakyat’

October 26, 2022 · Politik

Wong Tack yang ditolak DAP untuk dicalonkan sekali lagi di kerusi Parlimen Bentong memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Penyandang Parlimen Bentong itu pada sidang media hari ini menegaskan beliau bakal bertanding di bawah tiket rakyat.

“DAP memutuskan untuk tidak meletakkan saya di kerusi Parlimen Bentong pada PRU-15. Saya diberitahu saya tidak akan sesuai dengan strategi besar mereka pada pilihan raya umum.

“Sejak empat tahun lalu, saya bersungguh-sungguh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat Bentong. Bentong adalah kampung halaman saya. Saya tetap komited untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

“Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Wong Tack akan bertanding di bawah ‘tiket rakyat’,” katanya lapor Malaysiakini.

Hari ini Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengumumkan Young Syefura sebagai calon DAP di Bentong untuk menentang bekas presiden MCA, Tan Sri Liow Tiong Lai sementara Wong ditawarkan kerusi Cameron Highlands namun beliau tidak bersetuju.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
2/3 kerusi ketua cabang di Selangor dikuasai #KitaSemuaKEADILAN
May 29, 2022
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023
Gelombang sokongan rakyat terhadap PN luar biasa
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok