Notis writ saman kakak Jho Low melalui akhbar Singapura

October 25, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan rayuan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapatkan perintah penyampaian ganti untuk menyerahkan notis writ saman kepada May Lin, kakak ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.

Peguam 1MDB, K Siva Kumar berkata Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz bersetuju penyampaian ganti menerusi iklan pada akhbar The Straits Times di Singapura kerana May Lin dipercayai berada di negara itu.

“(Dua kali) Kami hantar surat janji temu tetapi gagal kerana diberitahu oleh pemastautin bahawa May Lin tidak tinggal di sana (alamat dalam rekod).

“Oleh itu penyampaian secara peribadi tidak praktikal maka kami memohon untuk penyampaian ganti selaras kuasa mahkamah mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

“Rayuan kami terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar, Haslinda A Raof sebelum ini yang menolak permohonan untuk membuat penyampaian ganti itu. Keputusan pendaftar itu diketepikan dan rayuan penyampaian ganti dibenarkan,” katanya lapor Berita Harian, hari ini.

Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho masih gagal dikesan pihak berkuasa sehingga hari ini.

Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya, iaitu Global Diversified, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited, memfailkan saman AS$3.7837 bilion (RM15.9 bilion) terhadap May Lin, Jho Low; bapa, Tan Sri Larry Low Hock Peng; ibu, Puan Sri Goh Gaik Ewe; adik lelaki, Taek Szen serta rakan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Berdasarkan writ saman itu, 1MDB menuntut AS$661 juta (RM2.8 bilion) daripada Jho Low; masing-masing AS$41 juta (RM172 juta), AS$397 juta (RM1.7 bilion), AS$608 juta (RM2.5 bilion) dan AS$1.9 bilion (RM8 bilion) daripada Jho Low dan Kim Loong; serta AS$325 juta (RM1.4 bilion) daripada Jho Low dan bapanya.

1MDB Global Investments Limited pula menuntut AS$630 juta (RM2.6 bilion) daripada Hock Peng, Jho Low dan Kim Loong, serta AS$2 juta (RM8.4 juta) daripada Taek Szen, Jho Low dan Kim Loong.

Plaintif turut menuntut AS$3.5 juta (RM14.7 juta) daripada May Lin and Jho Low serta AS$1.695 juta (RM7.1 juta) daripada Gaik Ewe, Jho Low dan Kim Loong berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia, selain AS$25.5 juta (RM107.1 juta) daripada Jho Low, Kim Loong, Hock Peng dan Taek Szen.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok