Tawaran Anwar, Zahid tambah jawatan TPM janji ‘mi segera’: Tuan Ibrahim

October 24, 2022 · Politik

PAS menyifatkan tawaran menambah dua jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dibuat oleh pasangan cikgu dan anak murid hanya sekadar janji kosong mahu menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Terdahulu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tawaran sama kepada pengundi Sabah dan Sarawak untuk memberi jawatan TPM kepada wakil dari negeri Borneo tersebut jika memenangi PRU pada 19 November nanti.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata cadangan itu cuma janji politik sekadar memenuhi permintaan parti politik di Sabah dan Sarawak.

“Tawaran bersifat ‘mi segera’ adalah gambaran kumpulan terdesak. Saya yakin apa saja yang diminta kepada kumpulan terdesak ini, akan dijanjikan.

“Minta sungai pun mungkin diluluskan namun persoalannya apakah ia wajar dan baik untuk masa depan negara,” katanya dipetik laporan BH.

Tuan Ibrahim berkata langkah untuk menambah satu lagi jawatan TPM perlu diteliti terlebih dahulu dan tidak hanya semata-mata untuk memancing undi semasa PRU-15 sahaja.

Katanya, jawatan Perdana Menteri dan TPM mestilah memikirkan kepada pembangunan seluruh negara.

“Tidak perlu wujud jawatan TPM bagi satu wilayah saja. Ia hanya akan menambah kos bagi kerajaan.

“Selama lebih 60 tahun kita merdeka, semua wilayah diberi perhatian sama. Bahkan kita telah wujudkan jawatan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak,” katanya.

Semalam, Zahid ketika Perasmian Program Gelombang Biru Barisan Nasional (BN) Zon 3 Papar memaklumkan jawatan tiga TPM akan diwujudkan jika BN muncul dominan untuk membentuk kerajaan Persekutuan dengan jaminan wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung dilantik, yang menjadi manifesto parti untuk PRU-15.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR, Anwar semasa Jelajah PH Sabah mengumumkan dua jawatan TPM membabitkan seorang dari Semenanjung dan seorang mewakili Sabah atau Sarawak (Borneo).

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Shafie persoal kenapa Anwar selepas dibebaskan boleh bertanding pilihan raya pula
November 1, 2022
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok