Warisan sahkan tanding semua kerusi Parlimen di Perlis

October 21, 2022 · Politik

Semua kerusi Parlimen di Perlis akan ditandingi Parti Warisan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Warisan Perlis Abdul A’zib Saad yang memberitahu perkara tersebut mendapat persetujuaan daripada Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Selain itu, Warisan juga akan bertanding 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.

“Senarai nama calon telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti dan akan diumumkan dalam masa dua atau tiga hari lagi,” katanya dipetik laporan Bernama.

Warisan dilancarkan di Perlis pada Jun lepas oleh Mohd Shafie, dan PRU15 merupakan kali pertama bagi parti yang diasaskan di Sabah itu bertanding di Perlis.

Perlis mempunyai 15 kerusi DUN. Sebelum pembubaran DUN penggal ke-14 pada 14 Okt, 10 kerusi diwakili Barisan Nasional (BN), tiga PKR dan dua PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
15 jam lalu· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok