Jika tiada PKP 2.0 kes boleh naik 10,000 sehari: KP Kesihatan

May 8, 2021 · Isu semasa

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menolak tuduhan sesetengah pihak bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 gagal.

Malah, kata beliau dalam kenyataan hari ini, jika kerajaan tidak melaksanakan PKP 2.0 kes jangkitan Covid-19 boleh mencecah sehingga 10,000 sehari.

“PKP 2.0 tidak gagal. Jika kita tidak buat PKP 2.0, kes boleh mencecah 10,000 kes sehari,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes akan menurun bulan ini, tetapi selepas kelonggaran kepada banyak sektor ekonomi, kes kembali meningkat.

“KKM jangka kes menurun pada Mei, namun selepas kelonggaran kepada banyak sektor ekonomi dan sosial dan kelesuan pandemik, kes kembali meningkat. Awal Mei, kes kembali 3,000 sehari,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak terutama pemimpin politik pembangkang dan sekutu mereka menyalahkan kerajaan dan menyifatkan PKP 2.0 sebagai gagal mencapai matlamat mengekang penularan Covid-19.

Antara yang mempertikaikan PKP 2.0 ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini, Zahid berkata, ironinya, kes harian tertinggi ini direkodkan selepas 17 hari pelaksanaan PKP 2.0 dan juga pelaksanaan Proklamasi Darurat.

Pada 30 Januari lalu, ketika mengulas rekod jangkitan tertinggi pada 29 Januari iaitu sebanyak 5,725 kes, Zahid mempersoalkan adakah pelaksanaan PKP 2.0 ketika ini gagal mencapai matlamatnya.

Najib pula hari ini menyifatkan PKP 2.0 gagal sehingga memaksa kerajaan melaksanakan PKP 3.0 dalam masa singkat.

“Jika PKP 2.0 dibuat dengan betul-betul ketika itu, saya yakin PKP 3.0 dan larangan masa Raya ini tidak akan wujud,” kata Najib hari ini.

Kedua-dua pemimpin UMNO itu dilihat berterusan menyerang kerajaan dengan menyalahkan pelaksanaan PKP 2.0 yang dikatakan ‘separuh masak’.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok