Nasib M40 masih tidak terbela?

October 10, 2022 · Isu semasa

Jika tahun lepas, bajet lebih banyak menekankan aspek pemulihan negara daripada kesan Covid-19 dan menyokong usaha transformasi ekonomi jangka panjang ke tahap lebih baik.

Memang tidak dinafikan, dalam situasi masa kini, seperti golongan B40 yang merasai keperitan hidup, golongan M40 turut terkesan dengan pandemik, malahan ada antara mereka terpaksa mencari kerja sampingan untuk menampung perbelanjaan harian.

Dalam hal ini, pemerhatian khusus turut perlu diberikan kepada golongan M40 dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka tidak terpinggir dan tidak tergelincir menjadi golongan B40.

Sepatutnya, bantuan yang hendak diberikan juga perlu mengambil kira kedudukan kewangan dan jumlah isi rumah golongan M40 agar dapat dibuat secara telus tanpa melihat faktor gaji semata-mata kerana mereka mempunyai komitmen tinggi setiap bulan.

Adakah dengan mengurangkan kadar cukai individu pemastautin dan pemberian wang dompet digital sebanyak RM100 mencukupi untuk membantu golongan M40?

Ini kerana, rata-rata memberitahu, mereka turut terkesan dengan pandemik yang melanda negara dari segi kewangan.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader, mempersoalkan bagaimana belanjawan itu boleh membantu rakyat B40 dan M40 mendepani kemelesetan ekonomi yang diramal berlaku tahun depan.

“Harga barang sedang meningkat. Nilai ringgit merosot. Pendapatan rakyat B40 dan M40 mengecut. Bunga (faedah) atas pinjaman semakin naik. Bagaimana bajet boleh meringankan sara hidup mereka? Rakyat harus bersedia.

“Kemelesetan ekonomi diramalkan tahun depan akan menjejaskan lagi sara hidup rakyat. Kerajaan perlu ambil tindakan segera untuk memperbaiki kelemahan dalam struktur dan polisi ekonomi kita,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan, bertegas bajet kali ini seharusnya “menyuntik semangat untuk rakyat”.

Katanya, rakyat masih dalam proses pemulihan daripada covid-19 dan kerajaan seharusnya menunjukkan keprihatinan menerusi Bajet 2023- jumlah paling besar dalam sejarah.

“Bajet seharusnya diberi keutamaan untuk rakyat ada semangat balik. Ini macam rakyat pun sudah tak ada semangat. Tak ada benda-benda yang menarik (khusus untuk mereka).

“Mungkin aspek ini boleh dikaji balik, mungkin boleh (buat) tambahan untuk diberi kepada orang ramai membentuk hati dan keterujaan semula (untuk bina hidup). Pada saya (perincian bajet) ini tak berapa cukup,” katanya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
21 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Akaun FB rasmi Mat Sabu digodam : Pejabat menteri
June 13, 2023
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok