Rakyat gusar bencana hujung tahun, kenapa UMNO nak PRU juga? Radzi

October 5, 2022 · Politik

Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin hairan dengan sikap UMNO yang tetap mahukan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera, iaitu dalam tahun ini juga.

Menurutnya jika benar UMNO benar-benar memikirkan kepentingan rakyat, parti itu sepatutnya tahu kegusaran rakyat pada waktu ini adalah banjir yang dijangka berlaku pada hujung tahun.

“Kenapa nak buat sekarang? Kenapa beria-ia sangat nak buat sekarang? Kalau kita bercakap tentang kepentingan rakyat, maka kita tahu kepentingannya apa pada waktu ini. Seperti saya jelaskan sebelum ini, inilah dia perangai UMNO.

“Mereka ingin menunjukkan bahawa mereka kuat, mereka parti paling kuat, paling teguh tapi mereka lupa yang paling kuat, apabila datangnya pilihan raya adalah rakyat.

“Rakyat yang mempunyai kuasa untuk mengundi,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Inisiatif Menangani Beg Berat: Majlis Penyerahan Lokar Fasa Pertama di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia, di Gombak, hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata demikian ketika ditanya persediaan Kementerian Pendidikan (KPM) sekiranya PRU-15 diadakan ketika sesebuah kawasan itu dilanda banjir.

Radzi dalam laporan itu menjelaskan, sekiranya perkara itu berlaku, ia pasti mendatangkan kesukaran kerana bangunan sekolah bukan sahaja digunakan sebagai pusat mengundi malah ia juga digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) buat penduduk.

“Penggunaan sekolah sebagai PPS ini adalah satu kebiasaan, telah digunakan sekian lamanya dan kita telah senaraikan sekolah yang memang kita gunakan sebelum ini dan dijadikan PPS.

“Pada masa sama, sekolah juga digunakan untuk pusat mengundi. Kita tahu sekolah merupakan komponen utama apabila kita bercakap perihal mengundi. Bukan saja sekolah, guru pula banyak membantu dalam konteks pengurusan banjir.

“Sebab itu saya kata, seolah-olah tiada masa lain pula untuk buat pilihan raya,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya kerusi yang bakal ditandinginya dalam PRU-15 nanti, secara ringkas Radzi menjawab beliau akur dengan setiap keputusan Bersatu dan bertanding di mana-mana kawasan ditetapkan parti.

30 September lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO tanpa mempedulikan pendapat dan nasihat majoriti rakyat Malaysia, memutuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini juga.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Khamis ini, namun tidak pasti sama ada beliau akan memohon perkenan membubarkan atau tidak.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
PN calonkan bekas Ahli Parlimen UMNO sebagai Speaker Parlimen
December 13, 2022
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok