Zaharin akan mohon jadi ahli UMNO semula setelah Zahid bukan presiden

October 5, 2022 · Politik

Pemimpin UMNO yang dipecat Datuk Zaharin Mohd Yasin akan memohon menyertai semula UMNO setelah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak lagi memegang jawatan presiden parti.

“Saya akan memohon semula untuk menjadi ahli UMNO sebaik Zahid tidak lagi menjadi presidennya. Itu keputusan yang saya akan ambil

“Saya tidak akan sertai mana-mana parti politik tetapi sebab saya sudah dipecat dari UMNO.

“Maka (sekarang ini) saya bebas untuk terima jemputan sesiapa termasuk menyampaikan ceramah di pentas Pakatan Harapan,” katanya menurut BH.

Pada malam 30 September lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO bersetuju memecat Zaharin, yang juga aktivis politik, daripada menjadi ahli parti berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan itu diambil mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana Zaharin didapati melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

“Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat MKT memecat Dato’ Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli UMNO berkuat kuasa serta merta.

“(Tindakan dibuat) mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO,” kata Ahmad pada sidang media setelah mesyuarat MT itu.

Sementara itu, Zaharin berkata beliau akan menyertai pentas ceramah PH menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurutnya beliau sudah bersetuju dengan pelawaan pemimpin PH yang menjemputnya untuk menjadi antara penceramah mereka, termasuk di sepanjang tempoh berkempen pada PRU-15 kelak.

“Saya akan hadir berceramah di pentas PH. Mereka menjemput dan saya akan hadir beri ceramah,” katanya turut menjelaskan berada di Parlimen pagi tadi antara lain bagi membincangkan mengenai jemputan itu.

Ditanya sama ada sudah membuat keputusan untuk menyertai salah satu parti dalam PH, Zaharin menjelaskan, buat masa ini tidak akan menganggotai mana-mana parti politik.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok