263 beg, jam tangan mewah Rosmah tiada kaitan 1MDB: Pembelaan

May 7, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, tiada jejak kewangan menunjukkan 263 buah beg tangan pelbagai jenama, 10 utas jam tangan mewah, 27 pasang kasut dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disita oleh polis mempunyai kaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng.

Peguam Iskandar Shah Ibrahim berhujah, pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa harta-harta yang disita daripada Datuk Seri Najib Razak dan lima individu lain dibeli hasil penyelewengan wang 1MDB.

Mahkamah sedang mendengar permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak barangan yang disita dari kediaman bekas Perdana Menteri, isteri dan 17 pihak lain, dua tahun lalu.

Pihak pendakwaan menamakan Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak mereka iaitu Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib), Nor Ashman Razak Mohd Najib dan Nooryana Najwa Mohd Najib sebagai responden pertama hingga kelima.

Selain itu, Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta; Yayasan Mustika Kasih; Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe (ibu

kepada Low Taek Jho), Roger dan isteri, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden-responden.

Menurut Iskandar Shah, hasil siasatan menunjukkan sebahagian besar beg tangan berjenama yang disita itu merupakan hadiah namun pasukan siasatan gagal mengenal pasti beg mana yang dimaksudkan.

Menurut Iskandar Shah, Datin Seri Rosmah Mansor selaku responden kedua dalam afidavit menyatakan, daripada sejumlah 263 beg, 52 beg milik beliau yang dihadiahkan oleh individu tidak dikenali dan dikenali termasuk besan beliau.

“Beliau ketika itu merupakan isteri Perdana Menteri jadi tidak pelik untuknya menerima hadiah,” ujarnya.

Peguam itu turut menyatakan, tiada invois dan resit pembelian dikemukakan bagi membuktikan Rosmah dan anaknya Nooryana Najwa (responden kelima) menggunakan duit daripada akaun 1MDB.

Iskandar Shah turut berhujah, Nooryana Najwa dalam afidavitnya mengaku bahawa beg-beg berjenama yang dirampas itu merupakan pemberian termasuk barang hantaran ketika bertunang selain menerima wang hantaran sebanyak RM1.9 juta.

Hujahnya, responden kelima merupakan anak orang kenamaan dan isteri seorang usahawan selain mempunyai pendapatan sendiri.

Sementara itu, seorang lagi peguam Azamuddin Abdul Aziz berhujah, afidavit Nor Ashman Razak (responden keempat) menunjukkan empat utas jam tangan milik anak guamnya tiada kaitan dengan wang 1MDB.

Sebaliknya, menurut peguam bela, seutas jam tangan milik rakan responden keempat manakala tiga lagi adalah hadiah daripada kenalan, bukan diperolehi hasil daripada aktiviti haram seperti yang didakwa.

Hujah Azamuddin, sementara itu, enam jam tangan jenama Rolex yang dituntut oleh Riza Shahriz juga bukan diperolehi hasil daripada penyelewengan wang 1MDB.

Dalam pada itu, Nur Liyana M Zapawi yang mewakili Aiman (responden kelapan) berhujah, anak guamnya merupakan pemilik sah kenderaan Nissan X-Trail yang disita kerana ia dibeli menggunakan wang sendiri.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 18 Jun ini. – Utusan

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok