Ringgit jatuh, hutang 1MDB mungkin juga bertambah RM8.5 bilion

October 4, 2022 · Isu semasa

Hutang besar yang sedang ditanggung syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga bakal menerima tempias susulan kejatuhan nilai ringgit yang terburuk dalam sejarah 24 tahun negara.

Kesan kejatuhan nilai ringgit secara tidak langsung akan menyebabkan kos hutang bon 1MDB yang terpaksa ditanggung kerajaan akan meningkat sebanyak RM8.5 bilion, ia jika kadar tukaran ringgit berada pada paras RM4.65 berbanding dolar.

Walaupun kerajaan mendakwa kejatuhan ringgit tidak memberi kesan kepada keadaan ekonomi negara atas alasan pertumbuhan yang baik, namun perlu diakui juga hutang yang ditanggung kerajaan yang dicipta 1MDB pada masa sama akan meningkat.

“Kerajaan harus berhenti menafikan bahawa kejatuhan menjunam ringgit tidak memberi kesan yang besar kepada hutang Malaysia apabila kos hutang bon 1MDB AS$6.5 bilion sahaja yang disusun oleh Goldman Sachs mungkin bertambah sebanyak RM8.5 bilion pada RM4.65 kepada dolar AS sekarang, kadar terendah dalam 24 tahun,” kata bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata jumlah keseluruhan hutang yang perlu dibayar melibatkan bon yang diterbitkan Goldman Sachs bakal mencecah keseluruhan RM30.23 bilion (kadar tukaran RM4.65) berbanding RM21.78 bilion (kadar tukaran RM3.35).

“Pada RM3.35 berbanding dolar AS apabila bon 1MDB AS$ 6.5 bilion diterbitkan ketika itu, jumlah prinsipal bon AS$6.5 bilion itu akan mencecah kira-kira RM21.78 bilion.

“Pada kadar pertukaran semasa RM4.65 kepada dolar AS, jumlah prinsipal yang perlu dibayar untuk AS$6.5 bilion itu akan naik lebih tinggi pada RM30.23 bilion — atau hampir RM8.5 bilion lebih tinggi.

“Faedah terkumpul akan berjumlah lebih RM1 bilion setahun dan RM10.5 bilion dalam sedekad yang lalu. Ringgit yang lebih lemah tahun ini bermakna kos faedah tahunan adalah sekitar RM1.5 bilion dan bukannya RM1 bilion,” katanya lagi.

Guan Eng juga mempersoalkan adakah dengan peningkatan jumlah bayaran hutang tersebut kerajaan masih cuba menafikan ia tidak diambil kira sebagai kesan besar.

“Adakah apabila kerajaan membayar tambahan RM8.5 bilion lebih tinggi yang disebabkan kerugian pertukaran asing hanya untuk satu bon 1MDB AS$ 6.5 bilion tidak dikira sebagai kesan yang besar, tanpa mengambil kira kerugian mata wang daripada hutang dalam denominasi Amerika Syarikat yang lain?” katanya lagi.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok