Zahid kata keputusan pecat dan gantung ahli supaya UMNO harmoni

October 3, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan memecat dan menggantung ahli UMNO yang dibuat baru-baru ini adalah keputusan bersama dan bukan keputusan peribadinya.

Presiden UMNO itu menafikan keputusan tindakan yang diambil oleh Majlis Tertinggi (MT) terhadap tiga ahlinya pada Jumaat lalu dibuat atas kehendaknya seperti didakwa dan menegaskan ia diambil bertujuan untuk mengelak parti daripada anasir yang akan memecah-belah mereka.

“Sebarang anasir yang boleh memecah-belah atau mengganggu-gugat (perpaduan dalam parti) ditangani sebaik mungkin dengan respons sewajarnya.

“Begitu juga terhadap anasir dalaman yang berusaha memburuk-burukkan institusi kepemimpinan parti yang menjadi benteng kepada perjuangan UMNO.

“Jika institusi ini dilemahkan dengan anasir dalaman yang merekayasa dakyah dan tohmahan, tentunya akan merosakkan keharmonian,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, Ketua UMNO Cawangan Sri Labuan yang juga blogger, Datuk Zaharin Mohd Yasin dipecat daripada parti berkuat kuasa serta-merta, mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9.

Tindakan itu mengundang kemarahan Zaharin yang membidas Zahid sebagai membuat keputusan tersebut kerana kepentingan peribadinya.

Selain Zaharin, dua lagi pemimpin parti iaitu Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, digantung keahlian parti selama enam tahun.

Dalam pada itu, Zahid berkata, bukan saja UMNO, badan politik lain juga melakukan tindakan sama bagi memastikan institusi kepemimpinannya dihormati.

“Seperti saya katakan, kini bukan masa untuk menoleh. UMNO telah mengambil tindakan dan keputusan bersama demi kepentingan parti ini.

“Apa yang telah berlaku suatu penegasan oleh parti bahawa UMNO tidak pernah tentang individu. UMNO adalah mengenai rakyat dan negara.

“UMNO sebuah perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Kesilapan lalu tidak boleh berulang. Gunting dalam lipatan perlu dikekang,” katanya.

Tambah beliau, gerak kerja pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) menjadi fokus utama dan sehingga tiba tarikh penting itu, UMNO akan terus mara demi rakyat Malaysia.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
40 minit lalu· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
23 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
PAS kekal dalam PN, tiada keputusan terima syarat UMNO
October 8, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok