Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen

October 2, 2022 · Politik

UMNO tidak mempunyai majoriti untuk membubarkan Parlimen seperti dikehendaki pemimpin atasannya yang mahu mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan semasa musim tengkujuh.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas UMNO yang dipimpin anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai hak untuk menentukan masa dan menetapkan tarikh PRU-15 mengikut kehendak mereka sesuka hati.

“UMNO ada 38 Ahli Parlimen. Dalam sistem kita, 38 Ahli Parlimen tidak boleh memaksa keputusan (pembubaran Parlimen).

“Keputusan itu harus dibuat dengan wewenang Perdana Menteri, sekiranya Perdana Menteri itu mempunyai kekuatan, dan bertindak dengan waras sebagai Perdana Menteri,” katanya dipetik laporan BH.

Ketua Pembangkang itu berkata hanya Perdana Menteri yang memiliki majoriti berhak membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen tetapi terlupa sebelum ini bekerjasama dengan Zahid dalam menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MKT) Jumaat lalu, UMNO membuat ketetapan supaya PRU-15 diadakan tahun ini.

Ketetapan juga dibuat supaya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Kebimbangan banyak pihak adalah sekiranya diteruskan juga rancangan UMNO, berkemungkinan rakyat terpaksa mengundi semasa musim banjir kerana kebiasaannya berlaku pada hujung tahun ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Pengundi sudah matang: Hamzah
October 17, 2022
Surat tular RoS, Hishammuddin kata ‘apa dah jadi dengan UMNO?’
March 8, 2023
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok