Saya tandatangan watikah calon bukan Zuraida, kata Larry Sng

October 2, 2022 · Politik

Watikah calon bagi Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak akan ditandatangani Datuk Zuraida Kamaruddin kerana beliau masih lagi bukan Presiden parti yang dilantik secara rasmi.

Ahli Parlimen Julau Larry Sng menegaskan sehingga saat ini dia masih merupakan Presiden PBM dan menyangkal dakwaan Zuraida kini secara sah sudah menjadi Presiden parti itu seperti didakwa semalam.

“Proses sewajarnya perlu dilakukan untuk peralihan kuasa ini dilakukan.

“Sekadar mahu menjelaskan, sekiranya pilihan raya diadakan sebelum peralihan kuasa ini selesai, saya tetap akan menandatangani watikah calon pada PRU15,” katanya dalam satu kenyataan.

Sng menjelaskan juga masih tidak meletak jawatannya dan kekal menyandang jawatan Presiden PBM.

“Memandangkan saya tidak meletak jawatan mahupun keluar parti, terpulang kepada Majlis Tertinggi (PBM) untuk memutuskan sama ada mereka mahu mentafsir keputusan perwakilan sebagai pemecatan saya daripada jawatan presiden,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan Zuraida secara rasmi dilantik sebagai presiden PBM selepas menerima sokongan sebulat suara perwakilan.

Ketua Penerangan PBM, Zakaria Abdul Hamid menjelaskan keputusan semalam hanya meluluskan usul untuk melantik Zuraida sebagai Presiden baharu.

“Perwakilan semalam telah meluluskan sebulat suara usul peralihan kuasa bagi mengangkat Datuk Zuraida sebagai Presiden baru. Tentu mereka mahu peralihan tersebut dikuasakuasakan sebaik usul diluluskan.

“Minggu depan Majlis Tertinggi (MT) akan jalankan due process, urusan teknikal termasuk pemakluman kepada ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan),” katanya lagi.

Untuk rekod, Zuraida sebelum ini mengumumkan keluar Bersatu selepas keluar PKR sebelum ini semasa Langkah Sheraton.

Berita berkaitan
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Saya maklumkan awal bagi memastikan proses peralihan berjalan baik: Muhyiddin
November 24, 2023· Politik
Popular
Itu bukan pandangan DAP, kata Anwar ulas kenyataan kontroversi Ramasamy
February 11, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok