Rakyat sokong Bersatu, tolak salah guna kuasa, kata Ahmad Faizal

October 2, 2022 · Politik

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin rakyat akan menolak kemungkaran dan salah guna kuasa apabila membuat pilihan parti mana yang perlu membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Justeru, katanya beliau yakin Bersatu yang meletakkan perjuangan mewujudkan ekosistem budaya, politik, berintegriti dan pengurusan kerajaan yang bebas rasuah, akan mendapat sokongan rakyat.

“Saya yakin Bersatu yang menolak kemungkaran, salah guna kuasa, nak beri perkhidmatan kepada rakyat, memikirkan masalah rakyat, ekonomi dan sebagainya, saya yakin rakyat bersama dalam keadaan itu.

“Namun rakyat juga nak lihat kestabilan dalam pihak kami agar dapat menubuhkan kerajaan stabil pada masa akan datang.

“Kami yakin dapat lakukan perkara itu bersama rakan-rakan kongsi kami dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya kepada media selepas Majlis Pelepasan KBS Trial Run 2022 di Taman Cabaran, di Putrajaya, hari ini (2 Oktober 2022).

Mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang memutuskan PRU-15 perlu diadakan tahun ini juga, Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun itu berkata kerajaan perlu memberi fokus kepada dua perkara.

Katanya tidak kita sama ada PRU diadakan tahun ini atau 2023, fokus hendaklah diberikan kepada persediaan dan perbelanjaan kerajaan.

“Jangan terlalu fikirkan kuasa sebaliknya fokus kepada persediaan dan perbelanjaan kerajaan sekiranya perlu mengadakan PRU-15 dalam tahun ini juga.

“Perbelanjaan pasti akan meningkat sekiranya enam negeri tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya lagi.

Tambahnya keputusan MT UMNO baru-baru ini adalah pandangan parti itu sendiri, namun dua perkara tersebut harus menjadi pertimbangan jika mahu PRU-15 diadakan pada tahun ini.

Ahmad Faizal bagaimanapun menjelaskan Bersatu sudah bersedia berdepan pilihan raya, tidak kira diadakan pada tahun ini atau tahun hadapan.

“Tentunya kita dah tahu, kalau tak tahun ini, tahun depan pilihan raya dan tahun depan itu pun dah dekat. Persiapan telah kita lakukan,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Jika PM bentang bajet gula-gula, PH beri amaran akan tolak
October 4, 2022
DAP perguna Melayu untuk tembusi negeri dikuasai Melayu: MB Kedah
November 3, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok