PRU-15: PM kena bincang dengan Kabinet, perlukan sokongan penuh

October 1, 2022 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu berbincang terlebih dahulu dengan anggota Jemaah Menteri berhubung pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata Jemaah Menteri boleh memberikan pandangan berhubung perkara tersebut sebelum Perdana Menteri membawa cadangan itu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan.

“Perdana Menteri kena bawa ke Kabinet, biar Kabinet putuskan.

“Jemaah menteri akan tentukan dan Perdana Menteri akan menasihati Agong untuk membubarkan (Parlimen) atau tidak,” katanya ketika ditemui di program Cakna Rakyat DUN Tanjung Mas, di Kota Bharu hari ini (1 Oktober 2022) seperti dilapor Awani.

Terdahulu, Pensyarah Undang-Undang dan Polisi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berpendapat bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh menolak pembubaran Parlimen jika Perdana Menteri tidak mendapat sokongan penuh Kabinet.

Menurut Dr Muhammad Fathi Perdana Menteri ketika ini tidak mewakili sebuah parti atau gabungan parti secara ‘solid'(kukuh), dengan amalan sebelum ini nasihat Perdana Menteri sudah dianggap mewakili Kabinet tanpa perlu dipersoalkan.

“Namun kini, jika Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk pembubaran Parlimen, ia belum mewakili keseluruhan anggota jemaah menteri yang mewakili kerajaan.

“Maka nasihat Perdana Menteri mungkin ditolak atas alasan ia tidak dibuat secara kolektif sedangkan Perlembagaan memberikan penekanan kepada konsep ‘tanggungjawab bersama’ sepertimana di bawah Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya menurut BH.

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata Kabinet sebelum ini tidak pernah membincangkan soal tarikh, kesesuaian dan perkara lain berhubung PRU-15.

Bagaimanapun katanya, PAS akur dengan segala keputusan asalkan ia berlandaskan Perlembagaan dan peraturan.

Namun, Takiyuddin sekali lagi menegaskan bahawa sekiranya PRU-15 dilangsungkan tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai parti itu di Terengganu, Kedah dan Kelantan, tidak akan dibubarkan.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu malam tadi (30 September 2022 bersetuju PRU-15 diadakan tahun ini juga.

Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
22 jam lalu· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
PAS kekal dalam PN, tiada keputusan terima syarat UMNO
October 8, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok