UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin

October 1, 2022 · Politik

Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi (30 September 2022) bersetuju memecat aktivis politik, Datuk Zaharin Mohd Yasin daripada ahli parti berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan itu diambil mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana Zaharin didapati melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

“Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat MKT memecat Dato’ Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli UMNO berkuat kuasa serta merta.

“(Tindakan dibuat) mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.

Zaharin yang juga seorang blogger sebelum ini lantang mengkritik beberapa pimpinan parti termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui media sosialnya.

Mei lalu, Zaharin mengkritik Zahid susulan kononya wang yang diterima dari Singapura bagi tujuan kepentingan UMNO.

Katanya UMNO tidak pernah menerima wang daripada individu pemegang jawatan dalam parti itu sebaliknya bantuan kewangan disalurkan kepada pengurusan UMNO bahagian melalui ibu pejabat parti itu.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata mesyuarat MT juga menerima perletakan jawatan Tan Sri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dan merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat yang telah beliau berikan.

“Sebagai penggantinya, mesyuarat bersetuju untuk melantik Datuk Mohd Hafarizam Harun sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang baharu,” katanya.

Terdahulu, MT UMNO sepakat memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini juga.

MT menyerahkan kepada Naib Presidennya yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung tarikh pembubaran Parlimen dan PRU-15 untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok