Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi

September 29, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Majistret Tenom hari ini menyambung perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah, Ebit Lew dengan dijangka pihak pendakwaan akan memanggil seorang lagi saksi yang juga pendakwah bebas.

Perbicaraan hari ini bersambung dengan keterangan saksi pertama pendakwaan yang juga pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu dan menurut laporan seorang pendakwah bebas, Firdaus Wong juga turut bakal dipanggil untuk memberi keterangan terhadap Lew.

Perbicaraan yang memasuki hari ketiga Lew atau nama sebenar Ebit Erawan Ibrahim, 37, berlangsung sehingga Jumaat ini.

Semalam, perbicaraan mendengar keterangan Mohd Fairuz sebelum perbincaraan ditangguhkan jam 4.30 petang.

Mengenakan baju warna biru muda dan berkopiah putih, Lew tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dengan menaiki kereta jenis pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Lew berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Lew didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok